Sehari Sebelum Nikah

aku nikah hari sabtu.
so hari jumaat tu aku ngamik la cuti untuk buat la kan apa-apa yang patut.
first sekali gi jaya jusco wangsa maju untuk beli biskut famous amous.
lama aku stuck kat sini gegara budak yang jaga adalah baru je kerja.
so serba serbi taktau. isk.

kemudian berjanji setia dengan akak nie untuk collect kek.
tapi tak sempat aku nak jumpa dia, encik z je yang jumpa sebab nya masa tu aku baru tengah nak pakai inai. boleh?

aku buat threading kat salun punjabi kat rampai business park jer.
buat la threading satu muka. cam biasa lah, terpaksa menahan kesakitan dan kepedihan. tapi tahan jugak la kata nak cantik.
eh.. cantik ke pun? hiks…

ernie, aku ingat lagi masa kita gi buat threading kat bangsar dulu.
ko punya jerit-jerit tahan sakit. ingat tak? lawak weyy…

haaa kat salun tu jugak la aku buat facial.
dah orang tu offer, aku pun cam ok ok la zasss je la sekalian.

dah lepas buat facial, pakai inai la pulak.
gila kann… semua buat sehari sebelum.
aku dah cakap kan, kami nie kawin koboi. huahuahua…

habis buat inai segala, encik z datang jemput aku.
aku suh dia pakai inai sekali 3 jari, tak dilayannya permintaan aku.
nyampahhhhhh…

dari situ, kami ke petaling street pulak nak cari bunga hidup nak buat hiasan kat hantaran. sila rujuk entry hantaran yo.
dah la bapakk payah nak cari ros putih yang suci murni.
semua banyak pun kaler merah.
lari la konsep hantaran i u. nak jugakkkk konsep walaupunnn…

kaklong dah lapanploh kali call tanya aku kat mana.
mau tak merisau dia. esok nak nikah, malamnya boleh lagi ntah ke mana.
kalau ikut orang dedulu, mana la boleh kannn…

apo nak buat, kata kawin koboi. so serba serbi kena la buat sendiri.
tapi daku tatapppp bahagia… 😀
eh takpe ke kata bahagia bahagia nie.
nanti kang ada pulak kata aku riak. manusia manusia…

4 thoughts on “Sehari Sebelum Nikah

  1. harus la aku ingat…. aku kan ker sgt3333 tak suak abuat threading tuh…s akit giler ko…nangih2 aku…huwaaaa…. takmo….

  2. sayang ku mya! kite harus mendoakan yg kite sentiasa bahagia… org lain tu PHD tinggi pasai tu akan kata kat kite macam2… mungkin jugak sbb dia tak bahagia kotttt pasai tu dia nak kata gitu.. hehehe… apa pun I doakan semoga you sentiasa berbahagia keh! kekal bahagia ke hujung nyawa.. aminn… :))

    threading?? ooooouuuccchhh!!! I penah buat sekali.. tapi kulit muke I tak tahan.. terus timbul berjuta juta jerawat dimuke! uhuk!

    • thanks puan neena yang gorjes 🙂

      hah tu la, klau buat threading tu mmg kena ada kecekalan yang tinggi.
      sakit!!

Comments are closed.