bulan april menjelma lagi.
dan macam biasalah, seperti yang diketahui ramai (siapa taktahu sila buat-buat tahu jugak), bulan april ialah bulan meraikan para para sakura, eh para setiausaha seluruh dunia gitu. eh yeke seluruh dunia? belasah je lah.
dan seperti biasa jugak, bos haku yang baik budi pekerti tu mensponsor aku gi luncheon mengikut pilihan hati aku.
so tahun nie aku decide mau gi enjoy secretaries luncheon bersama agnes monica anjuran quality hotel di matrade sana.
2nd tier. RM333.50. table nombor 53.
welcome chocolate katanya.
mintak maaf la anak-anak, gambar gelap.
aterrrr dengan lampu suramgani dalam nie.
bila dah sampai sini baru la nyesal napa tak pinjam dslr payiet or encik z.
tsktsktsktsk…
so hadapp je la korang dengan gambar-gambar suram lagi gegar ni ek..
kitorang semangat lebih. kul 11.45 pagi gitu dah sampai di tempat kejadian.
tapi ok la kot. katanya start makan kul 12 tengah hari kan.
masa sampai tu, dee pengacara majlis masih dok tengah prektis lagik.
tengok ko, dress oren lagi. kelas ko kak timah.
boleh terlupa nak bukak pass kerja. katanya sayang kan office kan.
teeeet.
dress tu aku beli kat sogo. over.
nak gi luncheon pun nak berbaju baru bagai. lantak.
lagi pun murah jerrr…
kul 12.15 tengah hari gitu baru buffet dibukak.
so apa laga, kasik serang la..
ini antara makanan yang aku ngap ngapp..
pilihan makanan ok ok la. so so orang putih kata.
tengah-tengah makan tu, dee announce ada persembahan dari ikhwal.
katanya ikhwal nie ada menang pertandingan nyanyi kat washington kot tak silap aku.
umur baru 18 tahun. tapi suara dia mak aiiiiiiiiiiiii……
nak termeninggal aku kat situ. enak bangat suaranya 😀
sebelum kemunculan agnes monica, seperti biasa jugak lah… dee nie mesti ada je bebenda yang dia nak buat bagi kami para para sakura nie terhibur.
nie bebetul dia kat sebelah table aku.
nengok la dengan baju bebulunya.
dia tengah usha salah sorang boss nak diajak naik stage.
kacak ok mamat nie. tetiba.
naik atas stage, dee sudah campak buang itu bulu-bulu. katanya panas.
tapi memang panas pun. dengan spotlite bagai.
haaaa nengok dress nya. ala-ala kulit gitu. melekap ke tubuh.
mana tak panas kannn..
apa-apa je la dee. ko pun bukan pompuan sejati kan.
katanya buat keje ni nak cari makan. heh.
dipendekkan cerita, lepas habis acara selingan bos-bos menari michael jackson atas stage, maka muncullah ini agnes monica.
walaupun nampak dari kejauhan sajork, tapi percayalah dia adalah cantik.
kulit nya mulus dan tulus. dan badannya adalah seksi. aummm..
show dia dalam satu jam 15 minit gitu.
lagu-lagu yang dia nyanyi ermmm teruskanlah, matahari, ku tlah jatuh cinta, rangkaian lagu-lagu michael jackson.
ada la lagu-lagu inggeris lain. tak ingat dah.
dia jenis suka buat cam ala-ala muzikal drama pun yer.
nyanyi sesikit.. dia cakap… dia cakap sesikit.. dia nyanyi.
ada satu part tu dia bercakap bapak lah lama… lebih 10 minit aku rasa.
dah ala-ala ceramah motivasi la pulak. adoyaiii…
rasanya bukan aku je keboringan. ramai gak muka membosan time ni.
dipendekkan cerita, majlis pun tamat. ek eh.
kesimpulannya aku rasa show agnes monica ni agak kureng la compare dengan show lain yang aku penah pegi.
apa-apa pun syukur alhamdulillah sebab ada orang mau belanja kan.
dee kuar lagi sekali dengan dress kuning pulak.
tapi dia adalah kelakar. kira dia lah yang memeriahkan suasana.
announce lucky draw segala, dan aku masih tak lucky lagi kali nie. kesian.
usai majlis, baru la diorang bukak lampu putih.
haaa baru lah clean and clear sikit gambar kann..
lupa pulak nak bagitau aku gi dengan sapa ek.
aku gi dengan baya & kaktin. naik myavi ku dari office sampai matrade dalam 15 minit jer pun.
: : with baya : :
: : with kaktin : :
: : lagi with kaktin pon pon : :
on the way nak ke tandas, tetiba ternampak stacy.
terpaksa la jugak paksa rela dia bergambar dengan kitorang.
muehehhehe.. walaupun aku nengok muka dia cam dah kelat-kelat kentang.
nasib baik dia nak jugak bergambar.
kalau tak, terpaksa la awass kan dia kannn…
walaupun cuma dalam cermin, janji adooo lah gambar kami bertiga.
tak berjanji setia pun nak pakai hitam. kebetulan.
gitulah konsep adik beradik. kenapa. ada yang chemburu ke?
aku terpaksa peluk beg sogo tu sebab tangkainya udah putus u…
kat luar lampu kuning. so gambar pun jadi kuning juga.
biar gambar kuning, jangan otak kuning. ok tak relevan.
barang-barang doorgift adalah agak mewah.
kata sponsor banyak kann…
ada kopi 3 in 1, innershine, gula-gula, voucher spa, majalah jelita,barangan kesihatan, perencah masak dan juga susu.
last but not least, selamat hari setiausaha pada semua setiausaha semalaysia!
marilah berbangga kerana kita menjawat jawatan ini 🙂
betui lah komen kt akhbar baru-baru nie pasai agnes..persembahan yang tidak seberapa..ada tahap sampai audien rasa bosan byk ‘cakap’ dan suruh buat yg tak sepatutnya (ada ke dia suruh audien wat ala2 senaman maya?..sampai kan dia berkata2 kt press nak ikut konsep dia kene terima walaupun ‘melukakan’ hati audien di majlis ini katanya (komen akhbar)..huhuhu..
masih terngiang2 lagi tgok secretaries week beberapa thn sudah..Tok T nyanyi naik remang bulu roma dengo suaranya..;)
.-= Nur´s last blog ..KEMBALI SEMULA… =-.
senaman? errr senaman takde la plak.
tapi tu la, agak memboringkan…
3 tahun nonton tok ti tak pernah mengecewakan 🙂
im agreed with u dear..tok ti mmg bestt dan x pernah mengecewakan…!
yup, terbaik!
cantek baju ko
.-= syana´s last blog ..Jalan-Jalan Cari Makan =-.
tq tq 😀
yezzaaa ala2 ceramah MLM pun ada….
tapi, tq bosses sbb belanja i…
hehehehe
.-= TiNiE´s last blog ..fatihah : ibu dan ayah =-.
aku baca dlm paper, agnes boneka kata ‘pentas kurang sesuai’
sekian
bertuah body dpt pergi org sponsor. hehee..secretary semua cun2 ekk
alhamdulillah.. rejeki 🙂
Cantik lah baju.. i loike..
.-= mama-syira´s last blog ..Koc merah jambu =-.
tq tq 🙂
Hi Mya!
Thanks coz sudi follow my blog! And congrats coz you are one of the followers who will receive a small token from me! So hope you can email me your full address so that I can post it to you!
my email address: cute_ena19@yahoo.com
btw… nice dress! kebetulan kite sama2 tahun nie gie secretaries week guna black skin socks! hehehehee…
.-= Neena´s last blog ..The Most Precious Gift That I Have In My Life! =-.
hi neena..
thanks sgt. nnt i email address ek..
he he.. dress u pun cantik bangat!! u sgt stylo! 🙂
all black, me loike
.-= payiet82´s last blog ..Adobe Illustrator level 1 =-.
walaupun mek bukan penggemar kaler hitam kan..
Halleww…
First time singgah blog u..sbb ade crite Agnes Monica.. ;p
I think I saw u that day..anyway..have a great day..!!
bestnya u dapat jumpa agnes monica personally! arghh jeles jelesss
salam , so ok tak setiausaha tahun ne. sebenarnya memang nyesal perit serik panggil agnes tak tau perangai nye mcm tu. apa2 pun tahun depan we plan bwk artis malaysia. coz dah 10 tahun sy organize dgn quality ne.. kalau company nak buat annual dinner roger2 la . sy manager dee jangan ketawa.
salam.. ok ok la je la kot secretary’s lunch tahu nie.
oh manager dee rupanya. ok saya simpan email address awak.
apa2 kita boleh berhubung 🙂