Rambutku Yang *&^%$%^&*

ini bukan pertama kali aku ada masalah dengan rambut.
tapi ini adalah masalah yang dicari sendiri.

dipendekkan cerita, lepas majlis birthday nikolas hari tu, aku gi maju junction gunting rambut. sebab rambut dah cecah ke bahu so adalah rimas.

tapi masa aku gunting bulan 1 hari tu, kan aku buat rebonding.
so bila digunting, kesan rebonding yang tetengah tu masih ado la.
maksudnya masa rebonding, hairstylist tu sikat yang belah bawah masuk ke dalam.
jadi bila gunting lain, dah tak masuk ke dalam la rambut tu.
ujung-ujung dah jadi cam penyapu laa..

korang paham ke tak apa aku explain nie?
kalau tak paham, sila bagi paham jugak. memaksa nih..

aku plak saja la suruh potong bagi depan tu panjang, belakang pendek.
maknanya cam belah kiri kanan ada terjuntai-juntai gitu.
ala-ala rambut adira AF.
tapi taktau la mungkin tekstur rambut ke, hapa ke.. terjuntai-juntai tu tak menjadik.
tatapp dia bengkok-bengok jugak.
unless aku guna hairdryer keringkan bebetul lah.
tapi harus kemalasan.

ok ini gambar semalam.

malam tadi ntah apa gatal tangan aku, memula ingatkan nak godek-godek fringe nie sesikit jer. sudahnya zasss zasss aku potong.
tak cukup dengan tu, yang belah-belah terjuntai pun semua aku kasik caras.
dah lepas potong tu… terus mak menggelupurrrrrrr….
sebab rupa paras rambut dah macam mangkuk jamban! tak balance!!!!
*&^^%$##%^&**&**

encik z balik je dari badminton kul 11 malam gitu, terus lah aku naik hantoo.
walaupun encik z langsung tidak terlibat dalam ini gambar kan…

encik z kata ‘ hari khamis potong pendek terus!!! ‘

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa *terjun tingkap

18 thoughts on “Rambutku Yang *&^%$%^&*

  1. setuju ngan encik z ari khamis potong terus..tak pun ekau kono la pakai tudung kak..pendek sangat pun x elok la..x sesuwei ngan muko…

  2. mya, ko mandi je mlm hari2. rmabut cepat pjg tau.
    selamat mencuba.
    rambut ko takde ler buruk sgt pun.
    cuma pendek je.
    ko mandi je hari2 , insyallah cepat ler pjg rambut.
    slmt mencuba..take care.

    • aku mmg rajin mandi basuh rambut.
      lagi pun rambut aku spesis cepat panjang. so aku rasa ok la kot

  3. sebab gatai tangan ler yang jadik lagu tuh…kita tak pernah puas apa yg ada kan akhirnya makan diri..byk2 sabo yerr..tk lama tuh ok lerr..kene kerap mandi basuh rambut..cepat pjg..nih petua ai ler..aku pun gatai tangan gak..tapi giler asik cabut narik rambut gatai..hakhak! 😉
    .-= Nur´s last blog ..KEMBALI SEMULA… =-.

Comments are closed.