Pizza Hut : Antara Jelik & Terbaik

hari tu aku pergi pizza hut the mall.
dengan kaktin, derna & kakdina.
tapi mandangkan aku cam kekenyangan lagi, so aku takde la order haibatt.
cuma ngecek sikit pizza dan sup dorang.

aku tertarik dengan promosi mocktails yang terbaru.
rasanya sebelum nie memang takde kot.
dari 3 pilihan yang ada, aku choose fruity fizz.
5 minit berlalu, 10 minit berlalu, 15 minit berlalu.. dan akhirnya mencecah setengah jam, tak jugak nampak batang hidung mocktail fruity fizz itu.

kakdina tanya la kat waitress yang serve kami, tup tup katanya fruity fizz dah habis. tak ke ko nak naik hantu??
setengah jam nunggu boleh dia kata dah habis? gempar!!!
malas nak bising-bising, aku tukar pada assam boi fizz.
nasib baik sedap!

sedikit komen pasal pizza hut the mall nie.
aku rasa pizza hut sini memang bad reputation lah.
kalau kita sampai, jarang nauuu table dah clear.
hari tu pun kitorang yang lap meja sendiri, amik pinggan dan garpu sendiri.

pastu nak datang amik order pun lambat.
makanan apa tah lagi sah sah la lambat.
kenapa ek diorang tak buat sesuatu.
takut lama-lama sok orang dah tak koserrr nak datang sebab service yang cam haremm.
kalau ada staff pizza hut yang terbaca entry aku nie, mungkin ko boleh majukan la kat peringkat atasan komplen aku nie.

ok selesai kisah di pizza hut the mall.
kita ke insiden lain di pizza hut wangsa maju.
pizza hut besar yang terletak sebelah kfc wangsa maju.
dedekat wangsa walk mall.
belakang carrefour wangsa maju.
haaa amik details aku bagi kan..

hari ahad, aku dengan encik z gi makan kat sinun.
orang q pun agak panjang. tapi cam sekejapan kami dah masuk dapat seat.
oh yer, pada sesiapa yang taktau atau tau tapi buat-buat taktau, tolong tolong tolong lah q depan pintu masuk pizza hut tu.
jangan la sesedap tekak terus terjah masuk dalam.
pasti ko akan dihalau secara baik oleh staff pizza hut nanti. trust me.

lepas dah dapat seat tu, aku tengok ada lebih kurang 5 orang staff diorang yang tak pakai uniform.
tapi sibuk angkat pinggan, amik order dan jadi cashier.
dan jumlah staff yang tak pakai uniform makin lama makin meningkat.
dan akhirnya jadi lebih kurang 20 orang!!!

aku saspek bos diorang sudah call datang untuk buat overtime.
memandangkan tak putus-putus orang keluar masuk dalam itu pizza hut.
see.. see… kalau pizza hut wangsa maju boleh ada inisiatif macam nie, kenapa tidak pizza hut the mall yang lagi terletak dalam shopping mall.
di mana waktu lunch hari kerja pasti diterjah ramai orang.

thumbs up to pizza hut wangsa maju!

oh, aku order mocktails lagi.
tapi kali nie aku amik passion fizz. pun sedap lazat!!

ok next time aku nak cuba fruity fizz yang tak kesampaian hari tu.
korang kalau gi pizza, jangan lupa cuba ok..

16 thoughts on “Pizza Hut : Antara Jelik & Terbaik

    • haaa sedap ek.. nak fruity fizz, nak fruity fizz.. hentak hentak kaki cam syirah. he he

  1. ala akk,
    PIZZA HUT skg mmg x mcm dulu,
    dulu tyme masa wanie keje (2001-2003) mcm tue jugak,
    tapi x der lah sampai teruk mcm skg,
    huhuhuhuhuhu…

    even PIZZA HUT kat sini pun,
    lembssssssssss sesangat,
    nasib baik lah papa wanie dah x keje ngn KFC HOLDING’s,
    kalu idak maunyer teman kabo ke papa,
    kasik complaint skittttt:)
    .-= cik wanie´s last blog ..-Selamat Malam- =-.

Comments are closed.