Mengakhiri Zaman Jandaku….

wah boleh ke tajuk macam tu?
zasss je lah.

so dimulakan dengan gambar buah tangan untuk tetamu.
semua nie dibeli kat sayang you jalan TAR sana.
beli sendiri, buat pun sendiri. tapi mama dan kaklong yang tolong rebuskan telur tuh. isk.. banyak betul jasa dema ke aku yang memacam ni.. hu hu..
pastu dalam kotak taruk gegula.

eh lupa pulak nak bagitau. pada sesapa yang baru baca blog aku nie, nie perkahwinan kedua aku.
yer dulu aku penah menjadi janda.
tapi takyah la nak tanya-tanya punca aku cerai, berapa lama menjanda, apa perasaan menjadi janda dan soalan yang sewaktu dengannya.
sila simpan je dalam hati yo.
mak tak berminat nak menjawab.


: : saat-saat terakhir bergelar mak janda. kuang kuang kuang : :

baju putih tu aku sewa kat butik kat sri rampai nie je ha.
sekalian dengan baju melayu encik z.
tu pun seminggu sebelum hari nikah baru cari. boleh? gagaga..

kata ada kakak yang pandai mekap, so harus mintak tolong dia je mekap.
aterrrr mekap nikah pun dah ratus-ratus kan.
walhal nak nikah kat masjid. lagi pun berapa lama nauu nyer pun nak bermekap nie.


: : diperhatikan oleh yaya. yer yaya adalah anak saya, hasil perkahwinan saya yang terdahulu : :

dah siap bermekap, kita bergambar dulu dalam bilik.
mau tayang set comforter katil yang berwarna putih suci itu.
dihiasi bunga harum sundal malam menyeri dan mewangikan bilik pengantin.
aww awww awwww..

bersama satu-satunya adik ku.
adil yang bertindak menjadi wali.

dipendekkan cerita, dah siap semua terus zaasss ke masjid sana.
aku bernikah kat masjid usamah bin zaid wangsa maju.
sekangkang kera je pun dari jasmine.
aku lah pengantin, aku lah driver. aku lah bawak hantaran.

sib baik la ada adil. dia jugak la yang tolong banyak benda.
tq ayah chu. nanti ayah chu kawin, mommy sponsor satu dulang ek..

nikolas, payiet & kaktin ada singgah jap kat jasmine tapi lepas tu pun sekalian sudah zass zass ke masjid sana.

kelihatan nikolas sedang membz menyusun hantaran.
bersama yaya yang sibuk berposing.

of coz gambar adalah super duperr banyak.
tapi aku letak mana yang memolek je la ek.
kang letak semua tak pasal esok jugak aku terpaksa terminate dot com nih.
aterrr size pun idok ler besauu mana kan..

so ini adalah gambar-gambar dalam masjid sebelum upacara akad nikah.
patutnya kami nikah dalam pukul 3 petang camtu.
tapi encik z serombongan sampai 3.30 petang.
heh. mau nikah ka namo aaaa???

belum tarik tudung ke belakang lagi, tu yang berterbangan ala ustazah.
sudahnya pinjam brooch kaklong. lalu kaklong pulak bertukar jadi ustazah.
dan thanks to kakdiltolpagalhei yang sudi duduk sebelah aku sepanjang tempoh sebelum dan selepas nikah.
tq kakak!

lalu encik z pun sampai. patutnya kan, dia pakai sampin kaler pink putih.
yang memang dah siap disewa sekali baju nikah kitorang tu.
so sedondon la dengan aku yang pakai tudung pink kan..
tapi boleh dia tak pakai derrr… dia pakai sampin hitam putih!
*&^%$#$%^^&**.
tapi tak sempat aku naik hantoooo, kaktin dah high pitch kat aku dah.
ye laaaa ye laaaaaaa ye laaaaa……. nyampesssssssss…


: : awassss ko encik z : :


: : tudung tu aku beli kat ariani. RM65 selepas diskaun 😀 : :

seterusnya, masa yang dinanti-nantikan pun tiba….
saat kami diijabkabulkan… dag dig dug 🙂

6 thoughts on “Mengakhiri Zaman Jandaku….

  1. walaupun dah basi .. tetap mendoakan kebahagian kalian duniakhirat … 😀

Comments are closed.