Makan Nasi Uduk di Restoran Seri Garuda Emas

ini bila punya cerita daaa.. 2 atau 3 minggu lepas kot.
ntah tak ingat.
sebab gambar-gambar nie disnap dari handphone encik z.
kalau dari handphone dia biasalah. makan hari la nak dapatkan gambarnya.

ok teruskan normaya.
di satu malam yang hening, lepas encik z jumpa lat untuk mengambil kasut bola, kami pun menuju ke kampung baru untuk makan.
punyalah payah nak pikir nak makan apa.
ujung-ujung kami ke restoran seri garuda emas.
sebab encik z mau makan satay minang.

kedudukan restoran ni berdepan je dengan restoran ros.
saja namo gi restoran ros tu sebab nak cuba satay minang kat tempat lain pulak.
begitu.

kata air istimewa kat sini jus avocado.
jadi aku pun mau lah mencoba.
tapi pastu kesal tak udah deh. tak sedapppp… yekk yekkk…
cam air ubat jer. tak skerrr…
sib baik ada air masak penyelamat tekak.

encik z order satay minang ini.
of coz rasa satay la kan. takkan rasa beef burger pulak.
ok laa sedap dimakan..

aku plak order nasi uduk.
matikkkkk laaaaa malam-malam makan nasik.
pastu sendiri meroyan gemok la, gedempol la, obesiti laaa..
tapi makan tatappp makan. cuma takde la habis nasi sepinggan tu.
aku cecuit jer.. selebihnya encik z uruskan. heh.

hidangan nasi uduk nie didatangkan sekalian dengan 2 ketul ayam goreng, seketul tauhu dan seketul tempe.
beserta timun, salad dan sambal.
paru tu aku up sendiri sebab dengar kata paru minang nie setapp.

sedap tu memang sedap la paru tu.
tapi dia tak rangupp macam mama selalu masak.
paru minang nie keras kenyalll uollsss..
nak terpatah gigi aku ngunyahnya.
pastu every time ngunyah rahang adalah sakit.

dah la saiz paru nie besar. harus aku kena makan sensorang sebab encik z tak makan segala organ dalaman binatang.
katanya melembapkan otak.
walaupun bini dia nie kalau tak makan pun tatappp lembap otaknya.
so baiklah makan. heee…

tetiba aku takut tengok gambar nie.
macam cacat kann..
macam seolah-olah paru tu melekat kat muka aku.
menakotkannnnn…

so korang kalau berminat nak makan satay minang dan nasi uduk, sila lah berkunjung ke restoran seri garuda emas di kampung baru.
landmarknya masjid kampung baru kat simpang 4 tu. senang baitu…
selamat menjamu selera! 🙂

5 thoughts on “Makan Nasi Uduk di Restoran Seri Garuda Emas

  1. dua ketul ayamnya? mmg sah obesiti oi. gambar ko pegang peparu tu kayaknaya seperti memegang cebisan daging manoksia, tatoooooooooot

    • kalau diberi pilihan, aku nak pegang cebisan dia tu.. dia nie.. yang dia tu sana.. yang dia sini..
      terus campak cebisan tu bagi kucing makan. boleh?

Comments are closed.