Lunch @ Restoran Krung Thep Thai Yang Tak Berbaloi. Heh.

ini kisah hari jumaat.
aku dengan kaktin gi sogo sana.
kaktin nak beli bikini untuk anak-anak daranya.
aku plak ingat nak beli kasut & perfume.

sesampai di sogo, sudah kepeningan mau makan apa.
kaktin ajak makan mcd jer. tapi aku tak sey.
aku ajak naik food court dengan harapan dapat la makan mee wantan yang lazat.

tapi maknosia adalah melaut.
so kami beralih arah ke restoran krung thep thai yang sebelah je dengan food court tu. sebab nengok orang tak ramai.
nak bajet kemain lagi, tapi makan memewah cena?

dan kata nak cepat. tapi lepas setengah jam baru makanan sampai.
cena cena cena??

ok kata bajet. lalu minum air suam saja.
lagi pun air suam kan baik untuk kesihatan (alasan terbaik)

kami order ala carte. nasi goreng thai kot namanya.
tapi kaktin ngamik perisa ayam manakala aku ngamik perisa seafood.
basic adalah sama, cuma ditukar perisa katanya.

sepinggan berharga RM12. pitammm…
dan idok ler sesedap mana pun. heh.
tapi kata mahal, so harus makan sampai pinggan licin.

kami up dengan kerabu nie. tajuk kerabu nie kerabut with catfish tak silap aku.
tapi bila kaktin tanya kat waiter tu.. ‘kerabu ikan bilis ke nie?’
kemain dia ngangguk.
walaupun sebenarnya catfish tu ikan keli kannnnn…
ikan bilis dipanggil anchovy yer anak-anakkk…

nasib baik rasa dia cam ok ok gak la..
walaupun tak habis kami makan. RM18 sepinggan. haiyaaa…

taktau la kot makanan lain sedap ke.
sebab aku tengok ikan steam, tomyam semua nampak menyelerakan..
yang goreng-goreng kureng ke kan….

sesiapa yang ada experience makan kat sini, silalah cadangkan menu lain.
boleh kot aku try di lain masa bila bajet mengijinkan……

sekian terima kasih.

2 thoughts on “Lunch @ Restoran Krung Thep Thai Yang Tak Berbaloi. Heh.

Comments are closed.