Lepak-Lepak Koboi Katanya

25haribulan april 2010.

setelah berjanji-janjian dengan memember ex smbbs, akhirnya plan nak lepak-lepak koboi kat mcdonalds jalan pahang terlaksana jugak.

aku sekolah kat sekolah menengah bandar baru sentul, KL dari form 1 sampai form 3. lepas habis pmr dengan result yang very the mengarut, aku blahh dari bandaraya kl sambung sekolah kat taiping.

tapi walaupun sekolah sampai form 3 jek, masih ramai gak la kengkawan lama yang ingat kat aku. nak kata glemer masa sekolah dulu tak de jugak, tapi mungkin sebab kehadiran aku dirasai gitu. cewahhhh…

masa memula masuk form 1 tu, aku masuk kelas yang tak berapa nak pandai.heh.
sebab aku masuk lambat. so aku dicampak je mana kelas yang kosong.
aku ingat lagi masa tu. kelas 1 E 3.
masa ni kan, aku dah tanam cita-cita.
aku nak masuk kelas pandaiiiiiiiiiii…
sebab setahun lepas tu, sistem kat smbbs nie bertukar ikut ranking gitu. M U J A H I D B ada-lagi-kot.

kiranya M tu kelas terpandai.
U kelas kedua pandai.
dan begitulah seterusnya.
so dipendekkan cerita, form 2 & form 3 aku masuk kelas M.
yeayyyyy…
dan ada di antara yang dalam gambar nie, penah sekelas dengan aku, dan ada jugak tak sekelas.
tapi still attached to each other bila sama-sama masuk kelab kembara lah, tuisyen sama lah, panjat gunung dan aktiviti-aktiviti lain gitu…

gambar adalah tak mengikut turutan sebab semua pun aku link terus dari fb.

laki mak pun ada sama yo.
ini bukan paksaan. memang sama-sama mau brunch.
kemudian dia nak gi rumah bos dia di shah alam sana.

masa nie gee baru sampai. bersalam-salaman.
siap fendy suh repeat bersalam. tu yang terteleng-teleng aku dibuatnya.


: : menyerlah lesung pipit haku dalam gambar nie. awwww : :

senarai yang hadir fendy aka abang apen sebagai penganjur, elfi, yatie, nurul, din, acoi, gee, jue, rusma, sorang tu dia masuk form 4 so aku tak kenal. lagi sorang tu alamak apa ke namanya nazri kot? tapi sumpah aku tak ingat dia. i’m sorry..

kata lama tak jumpa, so harus bernaskah-naskah cerita memasing nak update.
kira pukul 10.30 pagi membawak ke pukul 2 petang tu cam tak cukup masa jer.
tapi kesimpulannya adalah sangat best dapat kumpul terkejut-kejut camni.
sebab kekadang berjanji-janji setia, masa tu la nanti ramai yang kensel kan…

bestnya zaman sekolah kan…. isk..

2 thoughts on “Lepak-Lepak Koboi Katanya

  1. Ha’ah memang besh… Si Aeyshah siap cakap nak ikut mama kalau mama jumpa kawan mama lagik… 🙂

Comments are closed.