IronMan 2 Yang Macam Bagus

jumaat lepas aku gi nonton filem ironman 2.
kat tgv wangsa walk mall. haaa bagi sesapa yang tak tahu tapi nak tahu, meh akak nak bagi tau.
tgv wangsa walk mall dah dibuka tau.
dah dekat 2 minggu dah.
tapi baru jumaat lepas aku berkesempatan nak try test panggung sana.

tiket berharga RM13 okkk… pitammm..
kalau MBO galaxy ampang baru RM8 jerk.
taktau la sebab tgv ke kot, atau sebab panggung baru ke atau sebab filem tu itself.

filem ironman yang pertama dulu rasanya aku tonton jugak.
dan jalan cerita of coz la pasal ironman. takkan pasal batman pulak kan. (ok tak kelakar)
tapi kali nie munculnya seorang lagi yang ada kekuatan macam ironman jugak.
nak berlawan-lawanan la dengan ironman nie.

ironman pun macam dah mengalami zaman kejatuhan bila dia punya benda alah kat dada tu cam cepat rosak. bateri cepat haus. gitu la kekiranya.
pastu masa pertengahan cerita, aku tertidur.. ada la dalam 10 minit kot.
kuang kuang kuang.
mengantuk plus aku cam menyampah la dengan ironman nie.
cam berlagak pun ada.
ko ingat ko ironman ko manyak baguss??? heh.

ujung-ujung cerita, of coz la ironman menang.
nak tau ko gi la tonton sendiri.
kalau tak leh tonton kat wayang dek kekangan keluarga dan anak-anak, ko gi beli je la DVD nanti.

ok tu jer.

6 thoughts on “IronMan 2 Yang Macam Bagus

    • bagi akak mungkin kureng kot.
      akak tak minat lorr citer kayak gini. tapi dah en z nk nonton, zass je la kannn

Comments are closed.