Happy Birthday Wanie!

hari sabtu gi satay station kampung pandan.
cik wanie punya birthday party!
kul 4 petang baru kuar jasmine.
jalan agak sesak tu yang melambat sampai.
terlepas nengok wanie potong kek. huhu..

sampai kat satay station, orang dah meramai.
dah start makan pun. sebab kat depan dah penuh, so wanie suh aku makan kat belah dalam.
together-gether dengan iqbal dan azim.

hidangan of coz la satay yang banyak, ada pulut kuning dan rendang ayam jugak.
tapi tau la satay kat sini sebesar rumah.
makan 4 cucuk kenyang sudah.

pastu makan jugak seketul cupcakes yang mencomel ini.
sukerrr sebab sedap. takde rasa manis sangat ke.
tapi seketul je la aku ngapp.


: : birthday girl : :


: : the pressie : :

sekejapan duduk, oli sefamily joint together-gether makan dalam bilik.
oli aku penah jumpa masa event digi nuffnang kat 1 utama dulu.
comelll sangat anak diorang nie. su fei namanya. (betul eh oli spelling ceni?)
boleh cakap 3 bahasa lagi. BM, english & mandarin.


: :su fei tengah gigih amik gambar mummy dan daddynya : :

with oli dan su fei.
serius su fei amat comelll.. keletah.. mulut pot pet bercakap melayu, omputih ngan mandarin. 🙂

pastu jumpa lily jugak! heeee… sukerrr…
dia rajin jugak drop komen kat blog aku nie.
aku pun suka baca kisah dia ngan family dia.
nice to meet u lily! and happy birthday to u jugak..
haaa hari sabtu tu birthday lily… 🙂

time to say goodbye.
happy birthday yang ke 27 wanie.
semoga panjang umur, murah rezeki dan gembira selalu di samping orang tersayang.
dan semoga juga ditemukan jodoh yang baik. amin 🙂

thanks sebab invite akak datang majlis awak ini.
insyaAllah panjang umur kita jumpa lagi keh..

kat luar satay station nie ada seekor burung tiung.
kemain lagi mulut menceceh okkk…
siap panggil orang oi oi oi… pastu bagi salam assalammualaikum.
pastu ketawa macam menyindir orang.
pastu main ajuk kita cakap apa-apa. heh.

kali kedua aku pakai blouse nie.
dulu pakai masa annual dinner hujung tahun lepas.
alaa yang lepas tu aku bergambar dengan shahredza minhat tu.
awwwww… sebut nama shahredza terus aura gediks menyerang. heee…

nie korang nampak dressing aku cam ala-ala wanita feminin ayu stylo gitu kan.
haaa next entry aku dah transform jadik minah rempit.
so stay close anak-anak! 😀

10 thoughts on “Happy Birthday Wanie!

  1. dari dulu nk cari tempat nie..tp tak tahu hala jalannya..sob sob sob. sesekali nk tukar selera sate plak asik makan sate haji jer kan.. 😉

  2. sy dah ingat u,
    masa tu amy sweetdarling bawa sy pergi jumpa redmummy, and u dok sebelah redmummy!!!

    nice to meet u maya!!
    [eh! nak panggil maya ke mya?]

Comments are closed.