Hantaran I

oleh sebab aku dah takde entry tertunggak, so rasanya mungkin inilah masa sesuai untuk aku update cerita nikah kawin aku & encik z.
walaupun udah 6 berlalu, tapi aku harap tak de la basi sangat lagi ek.
tapi kita buat part part siku lipat la yo.. baru ada feel n thrill gitu.

ok kita mulakan dengan hantaran perkahwinan dari encik z pada aku.
kalau ikutkan hantaran nie semua aku dah sumbat dalam facebook.
tapi takde description la kan…
wah perleww ke nak description bagai? ada ke orang kisah.
heeee….

hantaran kami 7 berbalas 5.
hantaran pun simple-simple sajorkk.
konsep kawin kitorang adalah bajet lagi koboi gitu.
hikss….

hantaran pertama.
mas kahwin berjumlah RM101. nie mama yang letak.
kata mas kahwin ikut negeri kan.
agaknya la kot perak RM101 ek.
pastu letak sekali rantai tangan sebagai batal air sembahyang.
rantai tangan itu dibeli di wah chan bersamaan cincin tunang dahulu.

hantaran kedua ialah kasut bonia, tas tangan berjenama elle & wallet berjenama bonia.
kasut dibeli di sogo dengan diskaun 50%. heee..
tas tangan dibeli di parkson midvalley dengan diskaun 20%.
dan wallet bonia adalah disponsor oleh kaklongku yang baik itu…
thank u ibu! 🙂

hantaran ketiga piula ialah satu set haruman white musk dari bodyshop.
see sangat bajet bukan kami?

hantaran seterusnya ialah biskut famous amous.
mak kan suka nauuu ngunyah bebiskut nie semua.
so hampir rm200 jugak la untuk biskut nie saja.
very the buruk lantak kan.
pastu macam sayang-sayang je nak makan… :p
disertakan juga dengan dua lollipop khas untuk yaya dan caca.

dan hantaran terakhir ialah kek yang ditempah DI SINI.
kot-kot sesapa berminat nak order kek kan, haaa boleh la contact kakyati yer..
che ta yang rekemen kat aku.

ok dah tu jer.
next entry hantaran dari aku pada encik z pulak yo.

6 thoughts on “Hantaran I

  1. waaaa… you masih pengantin baru rupenyer!

    hope I masih tak terlewat tuk wish you CONGRATULATIONS yeah! semoga berbahagia hingga akhir hayat! aminnnnnnnn…..

Comments are closed.