Gara-Gara Melawan Cakap Suami

semalam kan… dalam myavi.. on the way nak gi tesco ampang.
macam biasalah dalam kereta kami laki bini dok gebang itu ini.
pastu termasuk la satu topik.
encik z dok bagi pendapat dia yang tersendiri la tapi aku adalah tidak setuju.

lepas tu aku cam jerit-jerit la namo dengar pendapat dia yang seterusnya.
tapi idak ler jerit-jerit cam tarzan..
jerit-jerit manja je lahhh.. aww aww awww gitu.

sampai je kat tesco, aku nak katup pintu kereta..
tak semena-mena jari aku terkapit kat pintu. huhuhu sakittt okkk…
first time aku kena nih..
nyut nyut nyut berdenyutttt..
mengalir jugak la air mata ku. sob sob..

bila dah kena gitu, apa laga… kena tazkirah la uolls.
kata aku melawan la, nusyuz la, nanti muka hitam la, nanti perut berulat la..
encik z ni kan, kalau dia nak bertazkirah bukan kira masa.
aku tengah masak ke, tengah nonton AF ke, tengah facebooking ke, asal dia rasa nak tazkirah, terus bukak kitab. iskk pasrahhh..

tapi aku paling suka bila dia cerita kisah-kisah nabi.
dan asal usul jin iblis syaitan semua. best sangat aku rasa.
aterrr aku nie serba serbi kekurangan tang agama nie.
so memang wajar benarlah dia bertazkirah kat aku.

oh yer, aku tau ada yang soksek mengata pasal aku tulis kata laki aku tu ala-ala ustaz. dia bukan ustaz untuk sesiapa.
dia ustaz untuk aku dan yaya jer.
so takpayahlah nak perli-perli bagai.
kita sendiri tau siapa kita kan…..

lagi satu kan, kalau ada apa-apa yang korang tak suka kat aku, please lah.. biar kat aku jer. jangan la nak babit-babitkan encik z pulak.
yang jahat dan jelek nya aku. bukan suami aku.
he’s trying his best untuk membimbing aku..
biar jadi urusan kami je lah. nothing to do with anyone pun..

dari cerita jari tercepit, terus ke cerita emosi plak. iskk..

18 thoughts on “Gara-Gara Melawan Cakap Suami

  1. ha.. ha.. memang selau camtu kan.. kalau kita melawan sket jer.. jap lg sure kena apa 2… he.. he.. sounds sgt familiar..

  2. tetiba insap kejap…. hehehe…
    pengajaran pada kita semua… jgn derhaka pada suami… dan dan tu gak dpt balasan… huhu…

  3. hehe..cam comey je dgr citer nabi2 daripada husband sdiri…weewiittt 😉 dengar2kan dan selamat ber-amaaallll….

Comments are closed.