Dinner di Stable Steak House Kampung Baru

hari tu aku gi makan kat stable steak house kampung baru.
bukan aku yang ajak haaa… tapi encik z.
so sila blame dia sebab aku terpaksa makan daging di malam hari.
best kan bila hidup nie bila dapat sentiasa blame kan orang lain atas semua keadaan.
bukan nak bermuhasabah tapi asyik la manjang blame orang. ermmm…

lokasi restoran nie senang bangat bagi yang biasa area kampung baru.
korang tau flat tinggi kat kampung baru tu kan?
haaa dia bawah flat tu je. yang ke arah putra lrt kampung baru.

salah satu menu. telinga gajah u. hikss..

kacang dan 2 air kosong itu diberi percuma.
epal jus untuk encik z dan aku cuma minum air kosong.
semenjak berdiet nie memang aku banyak minum air kosong je.
cer dulu, sebelah mata pun ko taknak pandang air kosong kan normaya.

roti ini datangnya bersama hidangan encik z iaitu black pepper steak.

black pepper steak nie sedappp sangat.
daging dia lembut jer. takde la tergeliat gigi ko nak kunyah.

aku makan lamb sizzling. rasa dia cam ok ok je kot.
bagi aku tak meletupp sangat la.
cuma cara penyediaan dia adalah haibattt..
kuah nya panas-panas tu dicurah depan muka aku.

siap dia bagi aku kain untuk alas kat baju.
tapi apa ke senget benget aku pakai tu? heh.

ok dah tu jer. sesapa minat western leh la try makan kat sini yo.
tetiba aku rasa entry nie cam tak ikhlas. napa ek?

10 thoughts on “Dinner di Stable Steak House Kampung Baru

  1. emm.. sy pun penah mkn kt sn tpi dah 2 tahun lebih x gi. romantik btul kn tempt tuh. selesa n sedap.

Comments are closed.