Blog Aku Kena Hacked!!!

korang, semalam kan… blog aku kena hacked okk..
tetengah aku nak edit-edit entry, tetiba aku nampak belah kiri dashboard aku keluar Hacked By Huwad.
memula aku buat taktau lagi. tapi kemudian bila aku nak edit post lain, semua dah takde!
hilang! ghaib! pupus! gone with the wind!

aku cuba bertenang. tarik nafas dalam-dalam.
aku log out. dan try log in balik. tapi tiba-tiba muncul skrin seperti di bawah.
gempar!!!!!

ERROR: There is no user registered with that email address.

makkkkk… tolongggggggg….

aku try refresh blog aku. haaa korang tengok description blog aku semua dah diubah. menggelupur la mak kat situ kannn…
dalam hati dah bercita-cita nak saman serverfreak. boleh? he he..

dan masa nie jugak la dok pikir nak balik ke blogspot.
tapi kita dalam masa kelam kabut memang selalu buat keputusan yang salah ye dok? lepas 5 minit bernafas dalam ketenangan, terus aku submit report pada serverfreak. sementara tunggu diorang respon, aku call kakred ngadu itu ini.
waha.. sempat lagi kannn..

tak sampai 15 minit, masalah aku berjaya diselesaikan oleh serverfreak.
cayanggggg serverfreak.
dan dan sayanggggg… heh.

siapa yang hacked blog aku nie weyyy??
sampai hati ko kan… isk..

6 thoughts on “Blog Aku Kena Hacked!!!

Comments are closed.