Bila Si Ibu Berkecil Hati Dengan Si Anak….

lepas balik dari mandi manda tu, aku cam dah kecapekan bangat.
mama plak sakit perut. so duduk rumah je dulu.
tapi yaya sudah ungkit janji janji manis aku nak bawak dia gi makan pizza.
demi anak, so gagah jugak la redah hujan lebat gi pizza sana.

ok sekarang aku sudah rasa ketiga-tiga mocktails pizza ini.
dan rasanya fruity fizz terbaikkk.

pasta for me dan pizza for encik z & yaya.

ayam honey yang sedap bangat kesukaan yaya.
kesukaan aku juga. kesukaan encik z juga.

masa kat pizza hut nie, aku ada terkecik hati dengan perlakuan yaya.
tak tau lah kenapa. rasa jauh benar hati aku.
tak sempat encik z nak bayar, aku dah lari keluar.
sandar tepi dinding. aku nangis.

entah lah. patut ke aku nak berjauh hati dengan anak sekecil yaya tu.
apalah yang dia tau tentang kehidupan, tentang masalah, tentang apa saja.
dia cuma anak kecil.

dalam kereta, dia dah tersedu-sedu bila aku marah dia.
encik z pulak aku tengok dah serba salah.
haihhh… ntahlah kan. hidup ini sukar diduga.

aku sebagai ibu boleh berkecil hati dengan anak seusia 6 tahun.
bagaimana pula agaknya mama yer.
barangkali beliau juga sering berjauh hati dengan aku.

andai saja putaran hidup ini bisa aku letak di paksi seperti mana yang aku mahu.
pasti dunia tidak sekabur ini. aku pasrah.

16 thoughts on “Bila Si Ibu Berkecil Hati Dengan Si Anak….

  1. cool mya ,
    budak kecik kan selalu jek ckp apa yg ada dlm hati mereka ..
    mereka belum pandai berfikir mcm kita ,
    cian yaya !! jgn marah² tawww :-))

  2. Salam Mya.. adat lah budak2.. 🙂 Teringat aiman masa umur 6 tahun cakap “Aiman benci ibu.. mana ayah aiman.. Aiman nak ayah Aiman.. Benci ibu!!”, puncanya cuma akak tinggal dia kat nursery sbb nak pi kerja.. and kebetulan dia memang bad mood hari tu.. Sampai hari ni akak ingat.. Sepanjang2 jalan drive ke tempat kerja.. tak kering air mata.. and aiman, bila akak cerita balik sekarang.. nampak sangat kesal kat muka dia..

    Jangan la amek hati.. budak2.. dia tak tau apa dia cakap.. I am sure, whatever it is.. yaya tak de niat nak buat Mya sedih.. :))

    • salam..

      tu la eh.. isk.. sy rasa masa tu pun sy mcm emosi sikit kot.. haishh

  3. Walaupun tak tau sebab kecik hatinya, sedih pulak baca.
    Jangan la marah2 ye..budak2 kadang2 belum tahap berfikir sejauh kita.
    .-= mama-syira´s last blog ..Get ready =-.

    • kalau ikutkan benda kecik je farah. tapi tu lah.. emosi sy pun tak stabil masa tu.
      tp terharu sgt tgk zalmi handle situasi tu.. oh i love my husband *tetiba.
      and of coz i love yaya juga..

  4. tetiba tingat kat mak aku… huhu… kekadang kita yg dah dewasa ni pun tanpa sedar ada perlakuan kita yg bisa membuatkan ibu kita berjauh hati… apalagi anak sekecil Yaya… think +ve… take it as luahan hati seorang anak dan perbaiki jika perlu…

Comments are closed.