Bertukar Menjadi Minah Rempit! Zasss…

haaa kan aku dah kata. aku sudah transform sepenuhnya menjadi minah rempit.
eh takde la sepenuhnya sangat sebab baju kaler pink merah kan.
ni kira minah rempit dalam hati ada taman la.

tukar baju, kasut dengan beg. jeans je tak tukar.
mekap pun malas buang.

encik z la ajak naik motor gi pertama sana.
katanya malam sabtu tu ada perarakan citrawarna.
so pasti jalan adalah mensesak dan banyak katup.
so naik motor sudehhh..

encik z mau ke pertama sebab mau survey kasut hoki.
dan jua kayu hoki.
aku memang bagi 101% support dia main hoki nie.
daripada main dart yang cam tak memberi apa makna tu.
peluh tak keluar, dan tak exercise jugak.
haah aku kontrol dia dari main dart, ko apa susah?

kata survey kan, harus lapanploh kali keluar masuk kedai kasut.
pasrahh.
dari pertama, kami ke sogo pulak.
aku sudah terberkenan dengan satu kasut sarung polo.
tantekkkk…
tapi malangnya saiz 6 ada. saiz 8 ada.
saiz 7 plak takde.

aah memang aku biasa pakai saiz 8.
tapi kasut nie saiz 8 besar la pulak. tu pasal aku mintak saiz 7.
tapi why why whyyyy lah takdeee… frust okkkk…

dah frust, bawak diri ke ground floor.
ada jualan besar-besaran baju budak-budak.
sampai 70% diskaun. dan ini adalah serius.
semua pun adalah murahhhhhhhhhhhhh dan cantikkkkkk…
tak tipu punya.
aku sambar 2 helai skirt, 2 helai tshirt brand K-RED.
dengan sehelai tshirt mickey.
of coz la untuk yaya. aterrrr anak mak sorang je noq.
korang pergilah terjah. tak silap aku sampai hujung bulan nie jer.

pastu jalan-jalan kat carlo rino.
aku suka tul cuci mata kat carlo rino nie.
ada kasut baru, dan ada handbag baru jugak.
new arrivalllllll….
cer korang tengok yang bawah nie.
yang kaler merah, pink terang, pink cair, hitam dan gold nie.
sukerrrrrrrrrrrr….

aku memang gemar handbag besar-besar rumah nie.
boleh sumbat memacam. cantikkk arrr… nakkkk…
tapi bila tengok harga, hampir nak meninggal jugak la
RM339. gagagagagagagaga.. tapi nakkkk… huhu…

ok ok udah la berenti berangan yer normaya.
masa pun dah time untuk pulang ke rumah.
kat luar sogo nampak bebudak tengah tunggu turn untuk berarak citrawarna tu.
tanpa rasa bersalah, approach salah sorang lalu bergambar.
tq dik! πŸ˜€

pastu encik z bawak aku pusing-pusing sekitar KL.
tapi yang malasnya dia asyik la dok bising aku duduk tak betul la.
aku berat sebelah la. aku tak peluk dia la.

hellooo encik suami. i nie berapa kali je pun jadi penunggang motor.
mana la i tau nak kelek badan ke kiri ke, ke kanan ke.
cuba cerita sikit berapa kali je pun u bawak i naik motor nie.
cerita sikit……….

yang penting pinggang aku sakit oh lepas sejam atas motor.
pastu encik z ejek-ejek aku kepala besar la, kepala alien la. ek eh…

memang kepala i besar. sebab dalam kepala i, batu jugak ada duduk.

14 thoughts on “Bertukar Menjadi Minah Rempit! Zasss…

  1. kui3 klako…x bese nek mto mmg org yg bwk tu tensen…tp nk buek camno kn….try cube ari2 nek moto…yg bwk lom kona baring yg blakang plak sebok2 nk kona baring…kui3 ckp dr pngalaman nih…ahaks

    • haaa tu la kena selalu jadi pembonceng motor ai nie.
      practice makes perfect maaa

  2. waaaa bestnye sale! i beli handbag online je, murah sikit. kalau pegi kedai rambang mata sangat sebab boleh pegang2 :p

  3. bestnya naik motor… lamanya x naik motor….
    mamat tu ada motor baru pun…dia lum bwk bini dia lagi naik motor dia tu… bwk anak2 je heheheh πŸ˜€

Comments are closed.