Ulser Mulut Yang Menyiksa Jiwa Raga

selain ditumbuhi jerawat kekecik, aku jugak sekarang sedang menderita kerana ulser mulut. wah menderita perginya. macam penyakit kronik je kan.
tapi betul la weyy.. memang menderita. suffering bak kata orang putih.

ulser mulut juga dipanggil mata ikan atau lompangan.
mungkin sebab rupa parasnya seperti mata ikan.
tapi lompangan tu apa ek?

selalu ulser nie tumbuh dalam mulut belah tepi kiri kanan kan.
tapi aku nyer tumbuh kat tengah-tengah.
sila rujuk exhibit 2.  bebetul atas tengah-tengah yang macam garisan tu.
sakit plus pedih gila. gerak mulut sikit pun sakit.
even kalau orang tekan dagu aku pun sakit tauu..


: : Exhibit 2. credit to google : :

ulser nie tak mara bahaya kan? dalam masa seminggu ke dua minggu akan sembuh. tapi itu lah dia, hazabbb laaa..
semalam aku dah try tekapkan garam kat area situ.
pedihnyerrrrrrrrrrr… tapi tahan jugak laaa…

ingat kot hari nie akan ok la sikit. tapi nan hadoo nyer.
tatappp sama gak… pastu jumpa petua dalam internet.

Cubit sekeping asam keping, sebesar jari kelingking, tekapkan di tempat ulser tersebut. Biarkan sekejap dalam 2-3 minit. Memang akan rasa pedih tetapi selepas kesakitan selama 3 minit ( macam masak meggie je ni ) bahagian ulser tersebut akan terus baik. Cubalah , Insya Allah berkesan.

haa.. balik nie nak try lah.. mana tau keajaiban berlaku.
aku ngadu-ngadu gak lagi kat encik z. kot dengan harapan dapat pujukan mesra ke kan… awwww…
tapi apa jawabnya??

‘Eloklah tu. InsyaAllah penyakit tu dapat menghapuskan dosa-dosa kecil. dapat menggugurkan dosa sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya’

nak mengadu domba, sekali kena tazkirah daaaaa…
terus insaf. tapi being me, insaf sekejap je la. cena?
laki kemain bertarbiah tazkirah bagai, tapi bini ke laut.
nasib nasib…

Jika ulser mulut tidak sembuh dan semakin merebak, anda hendaklah berjumpa dengan doktor gigi dengan segera. Ini kerana ulser mulut yang lamabat sembuh mungkin petanda awal barah mulut.

barah mulut???? aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa *terjun bangunan

8 thoughts on “Ulser Mulut Yang Menyiksa Jiwa Raga

  1. ko pi kedai ubat cina, mintak serbuk hijau.. pahit gila serbuk tu jngan sampai ko makan tp cepat hilang…

    eh, tp laki aku ada dapat 1 ubat kat klinik baru ni, cair pekat dalam botol kecik macam eye-more.. bila letak dia jadi kebas tp terus baik
    .-= sWeEtDaRLinG´s last blog ..Kartikasari Bakery =-.

  2. barah mulut?? erkkk taaakoootttt…..

    cepat2 gi berubat tau jgn sampai kang melarat ulser tu tumbuh kat tempat lain lak..

    owang tua2 kata ulser ni slalunya jadi sbb kita kurang minum air, badan panas tu yg pecah2 mulut n jd ulser… ntah la ek…

    cepat sembuh!!

  3. kak mya,

    im beck..!!

    dah tukau blog ker? ketinggalan jaman nyer saya. tapi dah tukau link dah. hehehe..

    jangan barah mulut. mintak simpang kuala. huhu..
    panas tu yang jadi ulser. minum air bebanyak k..
    .-= anaiz´s last blog ..berbunga riang.. =-.

  4. harap2…skrg nih dah baik ler ulser mulut ko tuh…. takut kena barah plak….erk…. bagus en z peka…. rajin bertazkirah … 🙂

Comments are closed.