Terseliuh Saja…

sambungan dari entry kaki ku terpeleot.

ceritanya cenggini. hari khamis lepas kerja tu, cam biasa lah aku tunggu encik z ngamik aku kat lobi office.
bila dah sampai lobi, baru teringat ada beberapa benda yang aku lupa update JM.
so aku pun naik lah atas balik dan meng updatenya.

turun lobi, aku cam terjengoi-jengoi la carik myavi.
kot-kot encik z dah tunggu lama, lalu dia memarkir myavi ke.
dalam dok terjengoi-jengoi tu la heel aku terkeluar lebih dari tangga lalu aku tergelincir. masa tu ada 2 orang umat manusia perempuan kat situ. maluuuu. hu hu.

tapi aku idak ler jatuh terduduk ke hapa.
tapi sakit la kat pergelangan kaki tuh.
sampai la membawa ke malam dan keesokan harinya dok berdenyut.

pepagi jumaat tu, terus la zass ke hospital tawakal.
doktor takut jugak kot-kot involve tulang ke kan.
so x ray pun dilakukan. tapi takde apa-apa. hanya urat saraf saja.
cam poyo je aku duduk kat wheel chair tu kan. hikss…

doktor bagi ubat. dan balut kaki ku yang bersaiz 8 itu.
tapi tatap la sakit dan jalan pun berdengkot dengkot.
lalu doktor bagi cuti sakit. begitulah kisahnya.

aku ada naik hantu jugak la masa nunggu nak setel bil kat sini.
katanya boleh mintak GL. so diorang pun berurusan la dengan HR office aku nie ha. tapi setelah lebih sejam menanti, boleh HR kata nama aku takde dalam list?
aikkkk??? bagaimanakah itu?
misteri misteri……

dan dalam kelam kabut tu, orang office lak call aku.
tanya itu ini. masa ni jugak la bateri hp aku kong.
tukar sim card dengan handphone encik z, sudahnya aku salah masuk pin number sampai 3 kali. apa laga uolls, kena blocked la! adoiyaiiiii…
i’m sorry orang office!


: : wajah seorang OKU : :

doktor, esok saya nak main hoki.
eh.. no no no. no hoki hoki.
tapi doktor……
no tapi. and no jalan-jalan. berehat. if not kaki u akan bengkak lagi teruk.

tapi aku main jugak hoki sabtu tu uolls.
syyyyhhh.. jangan bagi tau doktor tu ek..
i’m sorry doktor! *peace

4 thoughts on “Terseliuh Saja…

Comments are closed.