Restoran Murtabak Mengkasar

dari padang bola, kami terus zasss pulang ke rumah.
memang cadangnya nak balik rumah terus lah, sebab mau sesiap ke majlis di cochrane pulak.
tapi last minit kemudian tukar plan nak pergi pepetang sikit.
oleh sebab perut haruslah udah melapar, jadi mau makan dulu.
pikir punya pikir punya pikir, decide mau di restoran murtabak mengkasar.
sekangkang monyet je pun dari jasmine.

dah nama pun murtabak, harus la dia punya menu utama adalah murtabak.
so ini adalah list menu yang ada.
ada roti canai, roti telur dan roti sardin jugak.

kopi o suam for encik z dan jus tembikai untuk aku.
syorganya rasa di tengah panas terik minum air tembikai sejuk itu.
glupp glupp bunyinya.

kami amik murtabak daging special dibaluti telur.
share share sajork sebab portion adalah besar.

ini dia punya sos. tapi aku nak cadangkan la kat tauke ni buat sambal.
walaupun cam dah lari sikit tajuk dari murtabak, tapi sementelaah dia jual roti canai jugak kan… so apa salahnya hidangkan murtabak dengan sambal kan.

dan fyi, serina jalan-jalan cari makan dah pernah sampai sini yo..

kedudukan restoran murtabak mengkasar nie kat rampai business park.
berdekatan jaya jusco wangsa maju.
senang je nak carik….
kalau nak lagi senang, roger-roger aku pastu ajak aku makan sekali. he he..

aku ada amik video makan kat sini.
tapi dah lapanploh lapan kali try upload tak lelepas jugak, so lantakkan sana..

jemput makan murtabak anak-anak…. burpp…

12 thoughts on “Restoran Murtabak Mengkasar

  1. Tahukah anda bahawasanya Murtabak Mengkasar ni originalitinya daripada kedai murtabak yang sekangkang kera dari rumahku dikampung, Kg.Mengkasar?

    Tapi yang original dari Kg. Mengkasar rasanya tetap lain….superb

    • Masa sekolah dulu pernah beli. Biasa RM3.50 je masa tu. Special RM5. Harga terkini dia padan la dengan kenaikan harga barang dlm 10 tahun ni. Jarang jugak pergi sbab masa outing dulu2 selalu lepak kt kedai Abang Okestra.

  2. memang sedapnya……………..sekarang baru tahu ke???? i dah try sejak tahun lepas and till sekarang almost every week i dekat sana sekali seminggu………………

  3. salam……. nak tanya kt kuantan ni kt mana ye ade jual murtabak mengkasar ni??
    teringin nak merase 🙂

Comments are closed.