Pada Dua Puluh Lima HariBulan..

aku nie kan. kalau gambar-gambar dalam handphone, memang lemauuu sikit nak update. aterrr.. handphone tak canggih macam korang.
korang kan guna iphone la, blackberry la, htc la..

aku nie kalau nak transfer gambar dari handphone, kena bawak keluar micro sd card tu, masukkan dalam adapater, pastu baru la cocok ke myvo aku tuh.
cam renyah laa.. tu pasal update pun lambat.
ada la jugak guna cable, tapi asyik error sesado. so koserr..

ok ini kisah pada 25haribulan yang lepas. hari gaji uolls.
aku nie dah kekira 2 minggu gak dok mengalir-ngalir air liur nak makan ayam nandos.
dan bila disuarakan pada adik beradik tiri, semua pun suh tunggu gaji.
kemiskinan tegar kekdahnya.

so bila hari kejadian tiba, haruslah awal-awal lagi aku paksa diorang berlarian ke sogo sana. dan akhirnya dapat la makan ayam nandos. yeay!
harus minum sparkling apple yang very the mantop itu..


: : maknosia rabun : :

amik set yang ngam-ngam soii boleh makan untuk 4 orang.
kuasa veto di tangan kaktin.
kata dia kakak kan. so apa-apa keputusan dia buat memang tegas.
kitorang adik-adik nie tak berani nak melawan.
nanti dia naik hanjeng. terus dia speaking london. takut uolls.

haa kami amik peri-fect platters.

Families that eat together, stay together.

So let’s share and care

lepas makan, terus naik ke tempat barangan baby.
nak beli prezen untuk kak dina yang baru je melahirkan baby girl.

set baju & cekak rambut yang very the comel lote.
congrates kak dina…. 🙂

sekian kisah pada dua puluh lima haribulan yang lalu…

10 thoughts on “Pada Dua Puluh Lima HariBulan..

    • nandos sesekali makan sedap laa…

      nanti klau dpt baby girl aku belikan utk anak ko ek

Comments are closed.