Memula Lunch Di Restoran TokMek, Kemudian Ke Rimba Herba Perlis

sambung cerita perlis lagi. mampos berabad tak sudah-sudah.
dari gua kelam yang tak berapa nak kelam tu, kami terus zassss ke mana ntah.
cam takde hala tujuan pun ado. baca map lalu mengdecide mau ke rimba perlis.
tapi on the way tu, nampak restoran yang menarik kapompom lalu kami pun berhenti.
restoran bertajuk restoran tokmek.
pernah masuk dalam rancangan jalan-jalan cari makan.

panas panas kayak gini, minum jus buah memang sedap.
terasa rasa mengalir kat tembolok haku.
jejaka-jejaka semua minum sampai 2 gelas lagi.
aku menten satu gelas. takut perut buncit. *walauponnnn…

hidangan istimewa kat sini ialah mee gulung.
so harus cuba. dulu penah gak aku makan mee gulung nie.
kat lumut tak silap. dan anda tidak akan menyesal.
kerana rasanya adalah nangissss…
nangis sebab sedap yer, bukan tak sedap.

sesambil makan mee gulung aku, sudu-sudu gak la nasi goreng daging encik z.
sedap jugak. so memang wajarlah restoran nie masuk dalam jalan-jalan cari makan.

lepas perut terisi, berdasarkan map negeri perlis, kami terus ke rimba herba perlis.
masa nie dah pukul 4.15 petang gitu.
rimba herba ni tutup kul 5 petang. so sempat lagi la pusing seround.

nama pun rimba herba kan.  takkan nak ada pokok bunga ros atau pokok bunga orkid dalam nie.  haruslah ada herba.  segala macam jenis ado.
termasuk yang pelik-pelik.

salah satunya ialah herba bertajuk rumput senayan atau bahasa saintifiknya scleria lithosperma.  sperma???

kegunaannya adalah untuk meroyan, bengkak perut dan resdung.
so pada yang asyik nak meroyan 24/7 tu, boleh la makan herba nie.
makan hari-hari, dengan harapan kuranglah meroyan ko tu.

dekat belah tepi ada satu kawasan mengurut.
si tukang urut guna herba-herba yang ada kat sini untuk mengurut ko.
tapi sebab kitorang datang dah lewat kan, so tukang urut sudah tiada lagi di situ.

pose terakhir before berambos dari tempat kejadian.
motipp encik z angkat ketiak?

eh nie pose terakhir. suker je kan aksi panjat memanjat nie.
eleh. jeles la tu..

10 thoughts on “Memula Lunch Di Restoran TokMek, Kemudian Ke Rimba Herba Perlis

  1. cerita ko dah berhari2 tapi bila ko nak tukar baju tu mya oii…? hahahahaha… citer aku pergi bandung pun dah nak balik dah ni… kekekeke

Comments are closed.