Kisah Lama Yang Kembali Mengguris Jiwa

tajuk tak boleh bla. poyo. heh.

malam tadi aku check  inbox email yahoo.
pastu ternampak la email-email lama.  banyak rupanya email yang aku tak delete.

kata yahoo mempunyai saiz ruang yang besar kan.
so takde la bother sangat nak delete-delete nih.
email office kalu, sekejapan tak delete dah nak meletop dah. tehtehteh..

terjumpa lah beberapa email dari orang-orang yang aku tak kenal.
ada yang bagi nasihat, ada yang memuji dan tidak kurang pula yang mencerca.
semua pun aku terima dengan hati yang separuh setengah terbuka.
lagi suku tu tipu la kalau nak kata takde sentap sesikit kannn…

ada satu email tu… guna nick Aleeya Aleeya.
email address dia gadis_1812@yahoo.com.
terang lagi bersuluh email dia memang sangat-sangat provokasi.
nanti lah, aku buat entry khas pasal semua isi kandungannya.
aah, aku tau siapa yang hantar.

the best part ialah dalam email tu dia cerca pasal status janda yang aku sandang dulu.
sandang peginya…
dan aku dengar cerita sekarang, dia pun dah jadi janda.
hmmm…
what u give, u get back…

honestly, pada pendapatan aku yang tak seberapa nie, takde hina nya jadi janda.
aku ada ramai kawan yang pernah bergelar janda.
semua pun survive… 😉

oh, salah satu lagi email yang ada dalam yahoo aku tu ialah comment notification dari blog. ada seorang hamba Allah dengan rajinnya telah copy paste satu entry penuh dari blog seseorang.
penuh kotak komen aku tu weyy….
dia kata entry kat blog seseorang tu merujuk pada aku.
bila aku baca balik, uuuuuu menusuk tepat ke jiwa raga…

so far alhamdulillah, sejak aku bertukar ke dot com nie, takde la lagi komen-komen yang menyakitkan hati.
aku tak moderate comment kat sini, cuma kalau first time ko komen je aku kena moderate. kali ke 2 hingga ke lapanploh kali dan seterusnya, takyah moderate dah.

tapi kalau kot ada yang tak suka aku moderate bagai nie, terpulanglah.
hak masing-masing kan. bukan semua orang suka kita…ye dok?

10 thoughts on “Kisah Lama Yang Kembali Mengguris Jiwa

  1. Kak Long Lisa pun janda..dah nak masuk 6 tahun dah..takde masalah pun..makin ramai yang memburu dia ada la..tapi dia x heran..dia still trauma nak berumahtangga lagi..apa yang nak sibuk sgt kan..tu la dok mengata orang..allah balas cash jer…
    .-= Suriaamanda´s last blog ..Berkelah dengan Family Tunang =-.

    • lisa, yup ada orang rasa trauma sebab tu amik masa untuk kawin semula.
      tapi ada jugak yang rasa benda ni satu pengalaman mahal dlm kehidupan dan tak serik mencari cinta.. 🙂

  2. fuh x sabar menantikan entry kontroversi lg provokasi berkaitan si penghantar email ni hehehehe

    sy pon ade gak mber yg janda. ntah la, ape masalahnye? x kawen pon bising, da kawen pon bising, da cerai bising. ehhh bisinglah org2 ni. i don’t like ok.

    huhuhu
    .-= Masy´s last blog ..509: What do you want from me? =-.

    • masy, kemungkinan besar akak protected kan kot. eh ntah la tgk keadaan gimana..

      tu la.. dulu akak menjanda di kata kata. nie dah kawin di kait2 dgn suami lak.
      apa ke benda ntah

Comments are closed.