Ke Restoran Ros di Kampung Baru Sana

lepas usai nonton teater, kami zass ke kampung baru.
sempena mau makan satay minang.
nikolas orang minang u. tu yang dia tau celah bedah mana kedai makan minang nie.

restoran bertajuk restoran ros.
lokasi adalah berhampiran simpang empat traffic lite kat masjid kampung baru tu.
kalau sesiapa yang seriyus mau ke sini, boleh YM aku yo.
sebab aku adalah tak reti mau mengexplain.

dia punya specialities memang satay minang ini.
jadi adalah wajib mengorder.
dalam satu pinggan ada 6 cucuk satay.
dengan limpahan kuah beserta nasi impit.
ditaburi bawang goreng.


: : close up sikit : :

khuatir tak mengenyang, jadi aku up dengan mengorder bakso.
bakso dia punya pedasssss….. adoiiiii…
aku yang kuat pedas ni pun tak tahan, kalau korang aku taktau laaa..
hampir-hampir bibir aku yang tak berapa mungil nie bertukar jadi bibir ning baizura uolls…

tapi both satay minang dan bakso adalah terbaik.
pasni aku nak try soto yang ada paru pulak. yum yumm..

12 thoughts on “Ke Restoran Ros di Kampung Baru Sana

Comments are closed.