Kampung Ujung Bukit Homestay

masih ingatkah anda tentang percutian saya ke perlis 2 bulan yang lampau?
he he he (gelak nervous khuatir dicerca)

ok mari kita sambung lagi cerita nya.
kalah telenovela dysebel. tak habih-habih kan..
cam biasa la yer, konsep blog mak. nak baca dipersilakan.
tak suka tak apa bak kata kumpulan screen.
antara liriknya…

Jikalau orang tak suka tak apa
Tapi janganlah kau mengata
Sudah menjadi adat di dunia
Ada rupa dan berharta orang suka

Jikalau orang tak suka tak apa
Biarlah ku mengundur diri
Mungkin kau rasa aku tak sepadan
Dengan dirimu

tapi liriknya cam ala-ala orang putus asa gitu kan.
but haku tak putus asa yer. kalau orang tak suka, lantak ko sana.
ada aku kisah? wahh… cas cas meletup nih..

ok normaya sila stop berenti merapu di sini.
dan teruskan penulisan anda.

dari rimba perlis, kami teus zasss ke kampung ujung bukit homestay.
letaknya masih di negeri perlis bukan di kedah mau pun di perak.

aku benarnya dah call homestay nie before datang.
kira dah buat reservation la. pakcik tu katanya nak bagi satu rumah, boleh muat 4 orang. katanya laaaa…

so selepas berhempas pulas mencari arah ke sini, akhirnya berjaya.
kena lalu sawah padi kiri kanan. so memang kena extra hati-hati supaya tidak terjerumus ke lembah sawah padi yang kering kontang itu.

sesampai di tempat kejadian, call pakcik tu. tunggu dia datang.
pastu kena tunggu lagi dan lagi. katanya rumah belum siap kemas lah, orang pegang kunci pegi kenduri lah. so menunggu la kurang lebih sejam gitu gak la.
badan masa nie udah berlengas-lengas..


: : menanti dengan penuh kepasrahan : :

dah ok apa segala, pakcik tu pun nunjuk la rumah yang dijanjikan.
aiyooo pakcik jangan gila-gila.
itu bukan rumah. itu studio rumah.
takde katil apa. hanya tilam semata-mata.
pakcik nak suruh payiet & nikolas tidur berdiri ke?

udah ler gitu, papan lantai pun udah renggang-renggang uolls.
kalau nak bersenggama harus dalam keadaan ketakutan.
aterrr… kot ko tengah sesedap nak klimaks, tetiba lipan gigit punggung.
cena? tak sanggup mak noks…

kawasan nie ada lebih dari 10 buah rumah jugak.
tapi aku tengok yang lelain cam ok ok jer.
napa pakcik nie bagi kitorang rumah yang tak semenggah.
ko pun nak sabo kami ke pakcik? tsktsktsk…


: : rumah tersebut : :

so dengan bersopan aku terpaksa la jadi jurucakap.
bagitau yang kami tak dapat nak dok sini sebab memang tak sesuweyy langsung.
i’m sorry pakcik.
tapi pakcik tu tak de la marah-marah ke hapa.
secara jujurnya, pakcik itu memang ramah tamah dan baik. 🙂

setel insiden tempat penginapan. takkan nak terus gerak.
harus menggunakan kesempatan yang adoo untuk bergambar kat kawasan sekitar.
aku saspek masa nie bukan musim padi menuai kuning la.
sebab keadaan adalah very the kering..
pastu siap ada pembakaran lagi..
dia punya panas tak tercapai dek akal.. nyit nyit nyit…


: : beza antara kita… warna kulit dan rupa… : :


: : kredit to nikol. kreatif. santekkk : :


: : merenung kehidupan. memikir kesudahan : :

jalan tempat kami bergambar nie memang kecik jer.
kira kalau ada kereta nak lalu, kitorang memang kena turun ke dalam sawah tu.
kalau tak, memang kena gelek la kaki kooo.

yang kelakarnya, masa kereta lalu, berlumba-lumba kitorang nak selamatkan diri.
lepas je kereta tu blah, mencicit-cicit kitorang nak naik balik ke jalan.
mau tak nya, kan dalam sawah padi tu macam-macam adooo…
cik ti ada, cik u ada. menakotkannnn….


: : 4 budak hitam. eh eh 1 je kot budak hitam. lagi 3 budak putih, bukan orang putih : :

persoalannya…. di manakah kami bermalam pada malam itu??
adakah di masjid? adakah menumpang di rumah orang tidak dikenali?
adakah terus pulang ke kuala lumpur?

atau adakah di sini?

jangan biarkan hidup anda diselubungi misteriiii…….

24 thoughts on “Kampung Ujung Bukit Homestay

    • wah nak kawin dh adik akak nie. bila bila (kepochi)
      aha ok next time klau nk gi cuti-cuti lagi akak warwarkan ek 🙂

  1. hi cik yong…

    betul tak akak cakap
    citer basi 2,3bulan baru nak kuor
    apa barang yong?

  2. aku dah susah hatik memikirkan pasal rumah yang di tawarkan, gila ko, rumah tu besar bilik mek je. nak berak kene turun bawah bukit lak tu, mau tercicir uolls
    .-= payiet82´s last blog ..Gila ke hapa?! =-.

  3. Salam Perkenalan kak,

    Saya pun lebih kurang akak jgk, x habis2 update tentang holiday during CNY..he..he..he…

    Anway,sonok tgk akak+hubby n rakan2 pergi bercuti..next trip klu saya pergi Perlis msti jdkan cerita akak sbgai panduan utk berjalan2..apa pon blog akak nie mmg slalu saya intai2..sonok baca!!!

    🙂
    .-= Beautyfull_Maria´s last blog ..Hmm..entahlah… =-.

    • salam perkenalan maria…

      haa kalau nk gi perlis mmg akak sokong sesangat. perlis wpun kecik tapi adalah best 🙂

  4. hihihihihi,
    abis tue akk stay mana mlm tue???
    cepatan skit kluar entri itew,
    hahahahahahaha:)

    nampak sgt2 cantik ok bila bergambar kat tgh2 jln kecik itew,
    tapi naper x try amik gambar atas bendang kak?
    tentu bertambah cantik kan:)
    .-= cik wanie´s last blog .."Mohabbatein Malaysia" =-.

Comments are closed.