KakYa berangan nak jadi TokYa

sejak dato’ siti nurhaliza launch produk simplysiti tu, aku cam gedik-gedik jugakkk la nak gi membelek produk beliau.
tapi katanya produk simplysiti nie cuma dijual kat watson kan.
so terpaksa la nunggu masa dan ketika nak terjah ke sana.

lepas free trial session kat maryfrance bodyline tu, nampak ada watson.
so apa laga… masuk la lenggang lengguk.
lama jugak aku berteleku belek satu persatu produknya.
ada set penjagaan kulit dan set mekap jugak.

pikir punya pikir, memandangkan compact powder dengan blusher aku cam ala-ala suam kuku dah, so aku decide mau beli ini.
ikut hati, memang kalau boleh nak borong semua yang ado.
tapi, sila ukur baju di badan sendiri yer normaya mukhtar.

so aku beli ini. 2 way cake.

dan juga blusher yang mencomel ini.
comel kan.. nak pakai pun cam very the mudah 😀

sebut tentang harga.. aku rasa harga produk simplysiti ni cam so-so la.
nak kata murah tidak, nak kata mahal tidak.
tapi bagi aku yang kemiskinan tegar nie cam mahal jugak laa…
jauh lagi mahal dari silkygirl yang haku guna sekarang.

tapi sesekali nak berangan kann..
mana tau lepas pakai produk simplysiti nie, rupa paras ai berseri-seri macam tokti.
heeee… ko memang berangan kan normaya.
kenapa ko berangan di sini? pergi ko berangan di sana?

eh eh.. nie bukan blog aku ke. suka la nak berangan kat sini..

18 thoughts on “KakYa berangan nak jadi TokYa

  1. blusher tu 49 hengget kan kak? dulu sy bli – rupa paras camtu gak la kat elianto brape eh.. murah lg la. tp yelah, nama siti dgn elianto tu cam nmpk la beza langit dn bumi hihihihh

    bedak dia ok x?

    • rasanya 39.00 kot. sbb total dgn bedak tu semua rm100 gitu.. bedak tu 59 tak silap akak..

      so far bedaknya ok. i like

  2. uiks… sumer2 pun mau jd tok ??? hehheeheheh…. aku nih wat mase nih tak kepingin langsung mau make up segalak…. lipstik pun dah lame tak sentuh..heheheheh….. maklum la sejak2 pembawakan nih…. erm… lepas pantang la kot mau make up segalak blk….. 🙂
    .-= Ernie´s last blog ..dinner Mee Bandung Muar … di Bangi… =-.

    • biasa kalau malas mekap anak laki. betul ke ek?
      eh tapi ada gak yg kata anak pompuan. keliru keliru

  3. bukan nak cakap apa….tapi silky girl tak elok la.baik takyah pakai.saya pakai bedak dia,muka jadi berminyak2,ambik gambar kalau pakai digital camera habis muka kilat2.lipgloss konon ada vitamin e,tapi bila pakai lipgloss je habis bibir saya jadi kering2.zaman dulu tahun 2005 saya selalu beli cat kuku silky girl.masatu kualiti dia bagus.sekarang ni dah lain.cat kuku tu pekat sgt sampai susah nak apply.silky girl ni target market budak2 sekolah je sebabtu harga pun camtu camtu.daripada silky girl baik beli 12it,elok sikit rasanya kualiti

    pasal simply siti ni,rasanya ingredients dia memang tahap premium,contohnya set new age dia ada kaviar,kalau internatinal label mesti standard rege satu barang ratus2.

Comments are closed.