Kaitan Antara Virus Kencing Tikus & Air Tebu

ini adalah enty berinformasi.

selain kes gelombang ke 2 H1N1 dan demam denggi, salah satu penyakit yang merebak sekarang adalah virus kencing tikus.

artikel nie aku copy paste dari blog kiki si comel.
sila lah mengspend kan masa anda beberapa ketika untuk membacanya yer anak-anak sekelian…

Mulai semalam kita dikhabarkan dengan berita duka. Saat ini selebriti DJ Din Beramboi bertarung nyawa angkara virus kencing tikus. Kita tidak tahu dari mana beliau mendapat virus tersebut tetapi cerita seumpama ini bukan baru. Sudah banyak kes kematian terutama dikalangan kaum Cina.

Secara kebetulan saya mempunyai rakan Tionghua yang anak saudaranya meninggal kerana virus ini. Lelaki remaja ini seorang yang pintar dan amat aktif dalam sukan. Keluarga kaya ini yang tinggal dalam perumahan “gated community”merasa sangat kehilangan dan bagai tidak percaya dengan apa yang menimpa mereka.Keluarga ini sangat cerewet tentang pemakanan dan tidak menyentuh minuman keras dan “soft drinks”. Lalu mereka mencari dan cuba mendalami punca secara sendiri dan hasilnya amat memeranjatkan. Anak malang keluarga ini sangat suka minum air tebu! Selepas bersukan, air tebu satu kemestian. Itu laporan rakan-rakannya dan sipenjual tebu itu sendiri.

Apa kaitan air tebu dengan kencing tikus? Begini. Tebu datang dari luar bandar. Dibawa ke bandar berlori-lori . Sampai di pusat pemunggahan selalunya disandarkan dimerata tempat, disandarkan di tepi longkang, di tempat yang agak lembab, belakang kedai dan lain-lain. Tebu-tebu ini tidak habis sekelip mata. Kadang-kadang berbulan disitu. Selepas dua tiga hari, akar baru mula tumbuh dan di tempat-tempat seperti ini sang tikus memang bermaharaja lela. Bayangkan kadang-kadang sang tikus ini lebih besar dari kucing!…

Kesimpulannya, sang tikus memang suka tebu. Manis. Bila sang tikus dah dapat makan tebu, di situlah juga ia melepaskan air kencingnya dan akar-akar tebu tadi menyerap sebagai “survival” dan bila tebu tadi diproses jadi air minuman manusia secara terus juga berkemungkinan mengitar semula virus air kencing tikus-tikus tadi. Betul atau tidak, wallahuallam. Apa pun cuba kita fikir logik dan “simple science of life cycle”. Suratan atau kebetulan?

aku memang pencinta air tebu. lelebih lagi yang fresh dan cuma dimesin sekali jer.
so pati tu memang pekat likat…
bila dah baca artikel nie, terpaksa la kurangkan minum air tebu tsktsktsk…
kalau boleh dalam masa terdekat jangan minum..

so sebagai gantinya, aku minum air tebu bertin sahaja.
hehehe…

tapi encik z jerkah aku okkk…
dia kata apa tau… ‘habis awak ingat air tebu tin nie dibuat dari apa? pati strawberry? pati pisang? pati kelapa?’

apa laga, sentap la uolls!!!!

19 thoughts on “Kaitan Antara Virus Kencing Tikus & Air Tebu

  1. a’ah betul tue…sy pun pernah terbaca ader org meninggal sebab suka minum air tin..so selepas bedah siasat di jalankan mmg puncanya dr kencing tikus..so dia org lakukan siasatan lg nak tau dr mana punca kencing tikus nie..and last sekali kat penutup tin yg org tue minum sblm mati positif ader virus tue..
    .-= liyana´s last blog ..begedil daging!! =-.

  2. Mengerikannn ler kak….
    Lala pon suka gak minum air tebu ni… nak2 kalo time period.. laju jer dia menurun..
    takut nyer lahh!!

  3. Air tin pun ada berisiko tinggi utk ada air kencing tikus tu jugak,kak..
    Apa2 pn skrg ni, kat mana2 pn ada potensi utk berpenyakit…kan?
    Nauzubillah…

  4. Air tin pun ada berisiko tinggi utk ada air kencing tikus tu jugak,kak..
    Especially kt bahagian penutup tin tu…
    Apa2 pn skrg ni, kat mana2 pn ada potensi utk berpenyakit…kan?
    Nauzubillah…

  5. kami setuju dengan ernie.. kalo mau ngandong sila lupakan dulu air tebu, nenas dan air kelapa muda (yg sangat best ini) he he

    Dan mohon doa lah agar kita dijauhkan dari malapetaka sedemikian..

Comments are closed.