Ju & Meo Cinta Agung Melayu

RoMEO punya JUliet.
JUliet punya RoMEO.
Memadai.
Tiada keperluan manusia yang lain.
Atau Tuhan.
Separuh kurun terbuai bahagia.

Diserang kebosanan, Meo terasa bijak pantas menyelesaikan.
Diserang keraguan, Ju terasa bodoh terusan dijerat berjuta soalan.

Percubaan menganjak manusia-manusia keputusan harap kelayuan cinta.
Revolusi hati mencari hati.


wah kannn… ayat kat atas ni tak boleh blaaa..
very the unik dan melankolik. me loike..
sungguh mengkagum dan respek kepada yang menulisnya…

rasa cam lama gilaaaa aku tak gi nonton teater.
walhal aku nie pencinta teater tau.
dalam darahku ada mengalir jiwa seni gitu..

sementelaah dapat forwarded email kata ada teater Ju & Meo nie, harus aku grab zass zass… tiket pun cuma RM13.
beli online, kemudian collect tiket di kaunter istana budaya.
oh, peristiwa ini berlaku kelmarin yer anak-anak..

aku tidak berdua saja dengan encik z.
aku diiringi oleh dayang-dayang bernama nikolas & payiet.
kemain menggelitis lagi dema berdua bila aku ajak gi teater.
yang si payiet dok ngiyau-ngiyau nak nonton teater makyong.

puan nida, bile ek festival teater?

kudos kepada production team yang menghasilkan karya ju & meo ini.
bagi aku terbaik. satu jam yang tak membosankan…
cuma dengan tumpuan kepada watak utama iaitu ju & meo.
diiringi suara latar dan pemain muzik yang haibat…

difahamkan teater nie merupakan tugasan untuk pelajar-pelajar tahun akhir dalam jurusan teater. student universiti malaya.
so harus pensyarah diorang akan bagi markah untuk menentukan diorang lulus atau menggagal… begitu.

btw, melankolik tu apa ek? eh eh..

10 thoughts on “Ju & Meo Cinta Agung Melayu

  1. weekend ni ada bangsawan Laksamana Do Re Mi kat Panggung Bandaraya. Tiket RM5 je.. Festival teater nanti kami inform ye.. hik hik

    owh btw melankolik tu = muram, sayu, pilu dan yg seumpamanya lah..

    • ada moral of the story gitu.
      lelaki memerlukan wanita dan begitu juga sebaliknya. 🙂

Comments are closed.