Ho Ho Ho HOKI

ok nie cerita hari sabtu lepas.
sepatutnya aku pergi berjaya times square untuk event gatsby deodorant street fair tu kan.
tapi udahnya aku tak ke sana, tapi terpacak kat stadium hoki kl dari kul 8.30 pagi santak ke jam 3.30 petang gitu.

so there goes my rm50. sebab hari tu kan aku ada buat entry pasal gatsby deodorant street fair nie. pastu aku kena attend la jugak baru la melayakkan diri dapat rm50 dari nuffnang.
tapi apa nak buat, takde rezeki mak. sobsobsob..

memula aku ingat memang taknak lah main hoki nie.
memandangkan kecederaan buku lali aku yang dok denyut-denyut.
lalu bercadang nak ke stadium hoki tu untuk bagi semangat kat team aku je.
lagi pula encik z pun bermain jugak. so sekalian menyokong laki mak, bukan laki orang lain.

tapi dapat tau kata tak cukup player untuk team aku.
kalau tak cukup, dikhuatiri di disqualify la kan. apa lagi.. hu hu..
so rasa bersalah menguasai diri ku ini.
sebab awalnya memang aku dah janji nak main kalau tak cukup player.


: : wajah di dalam dilema nak main ke tak : :

akhirnya berbekalkan semangat tun teja yang mengalir dalam diri, aku gagahkan jugak la untuk main. semua untukmu wahai team kuuuu….

sebelum main, kena warm up dulu.
kalau tak kang, mau ada yang pengsan kejung kat tengah padang tu kang.

tapi aku bagitau jugak la kat kapten, kata kaki aku ni cedera.
so dia tak bagi la aku lari-lari or kejar bola sangat.
aku kat bahagian belakang. mengcover ahyue yang menjadi keeper.

sebelum bermain, naza suh aku makan pisang lu.
katanya for energy. nak termuntah-muntah aku ngabihkan seketul pisang tu.
mak tak makan pisang la uolls.

memula team lelaki main dulu. ada a few shot yang aku snap masa encik z main.
tapi letak satu cukup lah. kang letak bebanyak ada yang tak suka pulak kan.

sekarang tibalah masanya untuk team aku pulak!
nak nangis okk memula masa nengok padang hoki tu.
besar bangat.
tapi sib baik aku tak perlu nak keliling padang. so selamat lah di situ.

mendengar penerangan sebelum permainan dimulakan.
aku dah la tak tau segala undang-undang permainan hoki nie.
sib baik semua player pun cam ada yang first time main, ada yang dah 10 tahun tak main. so okayyy laa… kita belasah je laaa…

aksi seorang pemain hoki yang OKU. tehtehteh..
aku pernah gak la main hoki nie masa form 4 dulu. tapi sekejapan sajork.
tak sempat nak khatam, aku tarik diri.

main 2 games jer.  tapi dia punya penatttt…. nauzubillah….
cam berlari dari setapak ke sri kembangan *nampak nau propa.
tapi memang penatttttt… mintak nyawaaa…
15 minutes satu game.  nampak cam sekejap, tapi…. cer try test tengok.


: : wajah keletihan selepas tamatnya permainan : :

so keputusannya? satu game tu seri 0-0.
dan satu lagi game kalah 0-1. tsktsktsk…

walaupun kalah, tapi muka ada sinyummmm jugakk.
dan hati ada ceria jugakk.

pemain adalah terdiri dari kak mid, naza, ahyue, ayu, naz, azreen & yours truly.

sudah lah hitam, bertambah hitam, kata encik z.
nasib baik ai tak hitam. ek eh..


: : salleh, khairy, ajak, man, encik z, mukzani yang camera shy & myself : :

habuan yang aku dapat setelah berhempas pulas di padang?
elaun berupa wang tunai berjumlah RM15 dan voucher sogo berjumlah RM30.

oleh sebab team encik z menang tempat pertama, jadi dapat RM50 voucher sogo.
dijumlahkan semuanya… RM95. wahh rezeki rezeki. syukur alhamdulillah.
so takde la ralat sangat di hati tak pergi event gatsby tu.

mak main hoki uolls. ko adoo?

12 thoughts on “Ho Ho Ho HOKI

    • awak ada gi stadium hoki ke pun sabtu tu?

      takpe, insyaAllah ada rejeki sok kita jumpa2 an k 🙂

  1. clap..clap tue kak mya wlaupun kaki masih belum sembuh tp gigih turun padang main hoki..walaupun telah di larang oleh doktor tp demi tanggungjawap terhad team sanggup mengingkari arahan tersebut..hahahahaha

    emmm voucher yg da 2 tak nak kogsi ker??sharing is caring kan…hahahahaha (gurau jer)
    .-= yana´s last blog ..CLASH OF TITANS!! =-.

Comments are closed.