Happy 24th Birthday Nikolas!

ini minggu lepas punya minggu lepas punya cerita.
majlis sambutan birthday nikolas secara kecil-kecilan.
advance sehari disambut sebab birthday sebenar jatuh pada hari bekerja.

so di hari ahad yang permai, berkumpul lah kami adik beradik tetiri di tasik perdana sana. sebulat suara semua mau pakai baju kaler merah.
aterrr… kalau apa-apa jadi, senang terus kami nak mengamok macam orang mengamok kat thailand nun. tehtehtehteh…

ahli majlis adalah nikolas, payiet, kaktin + sarah + aaliyah + najihah, encik z dan aku. almaklumlah… kitorang ni mana la ada kawan nauu..
pusing-pusing itu jugak yang kitorang hadap.
tapi paling tak, takde la kitorang nie nak kawan on off.
bila ada isu, baru nak calling-calling… kesian.


: : rombongan amokan : :

berbekalkan bihun goreng hasil air tangan ibu nikolas bersama cili kicap yang pedas tapi malatupp, kek baskin robbins yang setappp tahap nak termeninggal,
buah epal australia, jajan dan air pelbagai perisa…
melahap la kami kayak orang mongolia yang lapantahun tak jumpa makanan.


: : sesambil menyiapkan meja makan, sesambil gossip : :

inilah dia kek baskin robbins itu.
walaupun tak dapat seperti mana yang dikehendaki, dari warna merah bertukar pink, tapi itu cuma isu dicelah gigi.
yang penting rasanya uolls…


: : happy birthday to abang yan / uncle yan / dekyan : :


: : make a wish lalu memotong kek : :

dibekalkan seorang sepeket beg goodies.
yang mengandungi bahan-bahan untuk memusnahkan pihak lawan.
ek eh…
walaupun paper beg adalah berupa paras donut, tapi tiada sekelumit donut pun dalam ini. sila jangan terpedaya dengan rupa paras.


: : kemain kan ko kak : :


: : encik z yang dipaksa rela terlibat dalam ini gambar : :


: : menikmati pelbagai jenis makanan : :


: : kek BR yang membuatkan ku orgasma berganda : :

hadiah persahabatan.
yiet dapat bunga. sebab dalam hati dia ada taman.
kaktin dapat ayam. sebab dia adalah ibu ayam. eh silap… sebab dia adalah umpama ibu dalam persahabatan kami.
nikol & encik z dapat singa. sebab dedua adalah sangat menggarang seperti singa.
dan aku dapat itik sebab katanya aku suka makan itik. apakah???

dah kenyang perut suka hati segala, so apa laga..
bergambar multi shot la uolls…


: : with kaktin pon pon yang ku sayangi : :

mereka antara yang terbaik pernah saya miliki…

oleh sebab kepanasan telah mula menerjah, so kami bertukar pot.
sebab banyak lagi isu yang belum dicover. wah boleh gitu..
walaupun hehari jumpa kat office kan…

happy birthday nikolas aka sufian…
semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan happy-happy selalu..

dan kepada adik beradik tetiri ku, percayalah yang aku amat sangat menghargai persahabatan ini…
andai kata perhubungan ini terputus di tengah jalan, biar lah apa segala rahsia yang kita pegang terus bersemadi di dalam hati…
sob sob sob….

6 thoughts on “Happy 24th Birthday Nikolas!

  1. dr mood happy hujung sedih…
    alah kak ya… ape pun biar lantak p org nak kate relation kite ni ape2…
    yg tau kite2 aje.. yg lain dorg jelous senanrnya hahahaha…
    Ape pun kowang mmg da best… TQ TQ…

  2. Hepi besday nikolas!..Maya..dari dolu aku dok tertanya2 identiti adik tiri u nie..tambah kompius nikolas aka sufian..ermmmm..tgok raut face cam chinese look kan..huhuhu
    .-= Nur´s last blog ..KEMBALI SEMULA… =-.

Comments are closed.