Hadiah Honeymoon Oleh KakRed Ke Genting Highlands

ermm ni cerita bila ek… yer yer cerita sebulan yang lepas.
kira kalau ada award blogger paling lembab kedaung update memang boleh dapat kat aku la.. tehehehe..

hari ahad yang indah permai bersamaan 28 haribulan mac, encik z dengan aku memanjat genting highlands dengan myavi buatan malaysia itu.
cam biasalah awal-awal tu semangat membara nak menuju puncak.
tapi ujung-ujung kul 11 pagi gitu gak baru la gerak dari jasmine.
pasrah.

sesampai di genting highlands, dah sedang elok waktu untuk check in.
tapi idok ler aku tau sistem hotel first world nie very the complicated.
eh, takde la complicated nauu. cuma dia macam ada 2 proses la.
memula ko kena q amik nombor. pehtu kena q lagi untuk check in.
begitu.

tapi tengok nie. nombor haku 0634 dan nombor sekarang 0462.
haisyooo.. lagi 200++ uolls. pitammm…
berapa lama mau tunggu daaaa…

oh yer sebelum terlupa, percutian honeymoon kami nie ditaja oleh kakred.
hadiah kemenangan program ewah-ewah hari tu dia lanting kat kami laki bini.
mekasih kak red. meh cium laga pipi skit… :p


: : menanti menanti dan terus menanti : :

agak-agak dah taktahan nunggu. kitorang masuk dulu dalam indoor.
beli pakej untuk main. brapa RM ek? lupa laa… tapi tak sampai la lapanploh ringgit sorang. ala kalau nak tau ko cek la website genting highlands ek.

kitorang naik semua permainan sekeluarga.
yang pertama ialah ferris wheel.
ala cam merry go round tu la. pepusing situ jerk.

selepas satu jam setengah berlalu baru kitorang gi balik kat lobi.
tunggu lagi 15 minit baru dapat check in.. akhirnyaaa…

dia tanya nak facing theme park atau bukit.
kalau theme park katil single. kalau bukit baru katil together-gether.
hey.. kata mak honeymoon, pasti la mak nak katil together-gether uolls.
lantak la apa view pun. tehtehteh..

dah selesai check in, letak barang segala kami pun keluar balik ke indoor sinun.
korang cer tengok tengkorak nie. memula ingatkan patung tau.
tapi kemudian dia bergerak cargass… maknosia rupanya. heeee…

sebab perut udah melapar, gi makan kat marrybrown.
makan bubur seafood kegemaranku.. yumm yummm…

lepas tu sambung main memacam lagi dalam indoor tuh.
reindeer cruiser, venice gondola, mini train, rio float, adult bumper car, 4D motion master, euro express dan snow world. wawawiwi banyaknyaaaa…
tapi cam biasa lah, tunggu next entry yooo… heeee…