Get Well Soon Ramzi!

semalam lepas office aku dengan encik z gi pejabat lhdn jalan duta sana.
encik z la dok kata nak jumpa consultant nak cek pasal e filing apa semua bagai.
rupanya kaunter consultant tu bukak sampai kul 530 petang jer.
yang sampai malam tu ialah kaunter pembayaran.

aku plak dah tak koserr nak pening-pening bagai.
dah isi apa semua, submit.. bayar je lah. konsep pasrah kekdahnya.

dari jalan duta, on gps sebab mau ke hospital pantai di cheras sana.
mau melawat ramzi yang sudah ditimpa kemalangan jalanraya.
tapi apa ke laut nya gps nie. ntah mana jalan dia bawak kitorang gi.
pehtu tetengah jem haibat nie.. kiri kanan divider, tetiba di bantainya suruh sharply turn right. ko kenapa perempuan???

lepas tu, dah elok hospital pantai cheras tu dah ada kat sebelah kiri kitorang, patutnya kata la ‘now u reach your destination’.
ini tak, di suruhnya lagi make a u-turn blablapotpetrpongprang…
dem u gps!

ok tutup cerita gps. akhirnya kami pun masuk lah ke hospital pantai cheras ini.
maghrib dah hujung-hujung so bergegas cari surau.
surau adalah terletak di tingkat 3. tapi apa ke scary nauu jalan nak ke surau nie?
gelap gelita uolls. nan hadoo seorang umat maknosia pun.
boleh pulak encik z takut-takutkan aku kata tingkat ni bilik mayat?
apakahhh???

tutup cerita surau. lalu terus mencari wad ramzi.
dan akhirnya berjumpa.
teruk jugak kaki dia. patah tiga katanya kat keting/betis.
kena langgar oleh kereta yang makan jalan.
dah la lepas langgar, lari pulak tu.
mendapat la kalau polis tangkap ko.

pada sesiapa yang mengenali ramzi dan nak melawat beliau, boleh la ke hospital pantai cheras sana.
rasa-rasa dalam 2 minggu jugak dia kena tahan nie.
nak operate letak besi simen bagai.
mana lah tau, kot-kot tak sempat.. (ala-ala dialog filem ali setan kannn)

ramzi. my big bro. my sifoo di dalam permainan bridge yang telah lama kutinggalkan. permainan bridge yang ku cintai. sob sob…

get well soon, bro. nanti kita boleh chit chat gossip-gossip lagi ek…