E-Filing? Apa Tu???

2 hari berturut-turut ada la orang LHDN datang office aku nie ha.
bagi taklimat pasal e-filing. dan dalam masa 2 hari nie jugak ko boleh la tanya apa-apa soalan kat depa.
soalan bodoh ke, soalan tak berapa bodoh ke. soalan bijak pandai ke.
soalan terlebih pandai ke. semua ko boleh tanya kat pegawai LHDN yang ado datang nie ha.

memula aku pegi la dengar taklimat lu.
aterrr kata memang aku nie zero knowledge pasal e-filing maupun apa ke segala pasal cukai segala nie. paling tidak aku ngaku la aku memang bodoh bab nie.
dari berlagak bodoh lalu menyombong ye dok?
taktau hujung pangkal nak jugak berlagak pandai. heh.

berbalik pada kisah LHDN.
orang yang bagi taklimat tu kan, adoiyaiiiiiii… very the dot dot dot..
dah la masyarakat yang datang nak dengar tu semua blur-blur, bila pegawai nie bukak mulut explain, bertambah blur lagi hadooo…
i’m not saying beliau tiada mempunyai pengalaman dalam lhdn nie.
sebab kelihatannya pun very the otai.
tapi cara dia bagi taklimat tu. macam nak ngajak orang masuk tidur.
cena tu?

kata taklimat 2 jam. tapi tak sampai setengah jam aku dah berambus.
kaktin lagi keji. tak sampai 15 minit dia dah blah.

kalau ikut aku nie, memang aku tak koserrr nak declare-declare segala.
kata gaji pun menciput sajorkk.
tapi tu lah, encik z dok nasihat-nasihat suruh buat jugak-jugak.
siap dia kata apa ‘ u want to play-play ha with government? ‘
cehhhh….

aku gigih la masuk website lhdn klik itu ini, godek itu ini.
dah lepas siap segala, aku gi balik jumpa pegawai LHDN kat sini.
tapi of coz tak jumpa pegawai yang bagi taklimat tu.
aku jumpa pegawai lain. seorang perempuan yang sungguh lawa lagi comel lagi lemah lembut sopan santun membantu.
dah puji-puji nie, takde diskaun ke lhdn? *mimpiiiiiii…

ok selesai. dah berjaya isi e-filing itu.
tapi kan… tak fair tauuuu…. gaji mak menciput je.
napa mak kena cukai jugak??? tak sukerrrrrrr… huhu….

nak tau aku kena cukai berapa?
hey… koser tau nak jaja cerita kena cukai berapa…
upsss…

so children, sudahkah anda membuat e-filing anda?
jadi lah rakyat malaysia yang bertanggungjawab. cewahhh….

6 thoughts on “E-Filing? Apa Tu???

  1. itu otai kan, not goodlaaa compare2 line tenet other organization ngan organization kita. mcm dia xpac line tenet organization kita ni takkan perform..adoiiyaaiii apakah???

    tapi, aku setuju ko kata minah yg kita jumpa tu cantik comel cun melecun dia layan pun very da meyakinkan laaa…bagus, thumbs up to lhdn kerana bijak menghantar officer yg segini bukan yg segitu..ek eh…
    .-= TiNiE´s last blog ..kaktin menciwi dgn curtain baru uolls…. =-.

      • buruk rupa paras takpe nyah, itu kurniaan Allah SWT.
        tapi kalau buruk perangai tu yang payah. dan lagi payah asyik semedang nak kata dia betul, orang keliling semuanya salah.
        ish ish ish..

    • aah la, otai tu.. no good la kan..

      kalau lhdn hantar yang segitu, terpaksa la kita…… errrr… terpaksa la kita…. errr… terpaksa apa ek?
      ishh takleh gitau kat sini.. nnt ada kaki mereport. al maklumlah…. zaman sekarang ni mcm2 blh berlaku dowww

Comments are closed.