Dipaksa Minum Air Pegaga

hari tu masa mama ada kat sini kan, mama sudah paksarela aku minum air pegaga.
aku tatawu macam mana dia buat.
tapi yang pasti dia takde la plak blender.
aku rasa mungkin dia rendam kot.

bukan aku sorang je. kaklong pun kena sama gak.
mama kata pegaga adalah bagus untuk kesihatan dalaman wanita. cewah..
yang buatkan aku kena repeat minum lagi dan lagi sebab kaklong sudah bagi testomonial pada mama.
kaklong kata lepas dia minum air pegaga tu, dia mempunyai kekuatan luar biasa.
ok aku propa.

kaklong kata cam dia merasa lebih bertenaga gitu.
dan lebih bersemangat daripada biasa.
yo yo la kaklong kan.
ujung-ujung aku la kena terima natijahnya.

aku bukan namo minum, tapi rasa nya adalah pelik lagi payau.
tapi demi menjaga hati ibunda yang tercinta, glupp glupp glupp gak la aku minum.
tapi memang betul pun. pegaga nie banyak khasiat ye dok…

antara khasiat pegaga:

* menyegarkan badan
* merawat pitam
* mengurangkan berat badan
* awet muda
* rawatan lepas bersalin

minum air pegaga aku tak lalu, tapi kalau makan saja… ermm.. memang ngap ngap aku gigit. macam arnab! 😀

18 thoughts on “Dipaksa Minum Air Pegaga

  1. kami penah buat entry aka resipi jus pegaga. blend pegaga + 1 cawan air + satu sudu madu memang mantap beb

    eh makan secara ulam pun bagus gak. awet muda hiks

    • kami mmg semua ulam kami bedal. tapi bila dah jadi air tu cam tak berapa nak lalu lak

  2. salam… baru ari ni cuba blenda pegaga lum minum gi takut pun ada ngeri pun ada tapi buat ulam dah biasa yum…yum…

    • salam nienie… rasanya kalau makan saja lagi ok kot dari buat air.
      air tu cam payau2 kan

Comments are closed.