Dari Kangar, Singgah Sebentar di Alor Setar & Taiping

ini adalah entry terakhir pasal percutian saya dan 3 jejaka ke perlis.
pasti bukan janji.
so tarik nafas dedalam. bersandar di kerusi dan baca lah entry saya ini dengan penuh ketenangan. gittew…
oleh sebab entry terakhir, jadi adalah agak panjang ke laut.

aku drive all the way dari kangar ke alor setar.
masa nak masuk ke bandaraya, jalan adalah mensesak secara haibatnya.
dengan confident aku drive terus masuk ke pusat bandaraya.
sesambil menelefon kaktin pon pon untuk bertanyakan di manakah tempat makan yang menarik bom bom pow.
kaktin mengsuggest ke pekan rabu sana.
tanpa sesat barat, sampai lah ke pekan rabu.
hamboiii dah sampai pandai pulak diorang nie terjaga. hmpfff hmpff…

kami stop kat salah satu kedai lalu memakan nasi ayam yang di up bersama abc.
tapi bukan aku yang minum abc tu. ko kan nyah?

pekanrabu

lepas tu meronda kat belah atas dan belah bawah bangunan.
membeli sedikit jajan jajanan untuk dikunyah dalam perjalanan pulang ke kl nanti.
dan juga ole-ole untuk sedara mara rakan dan taulan.

DSC_0591

memula tuh memang ingat nak terus berdesupp pulang.
tapi katanya dah alang-alang sampai alor setar, so decide mau berjalan-jalan dulu.
sepetak suara mau ke menara alor setar sana.
harga tiket adalah errrrr errrrr…. tak ingat. sekian.
tapi takde la sampai lapanploh ringgit. so tak perlew risau yer anak-anak.

DSC_0605

DSCN0200
: : ada je nak enterframe kat belakang tu kan : :

kata naik menara kan, haruslah kena naik lif.
takkan nak menapak tangga pulak kan.
tapi pun ko tak payah risau sebab ketinggian menara alor setar nie idok ler setinggi menara kl apa tah lagi menara berkembar petronas.
jadi tak perleww jugak nak kecut perut ke hapa ok…

terima lah aksi-aksi di dalam lif…

DSC_0611

DSCN0209

IMG_2699

IMG_2700

dan akhirnya sampai lah ke menara.
lalu menikmati pemandangan alor setar yang indah..

DSC_0612

DSC_0622
: : mengkagum dengan hasil seni dari bahan terbuang menjadi menara KL : :

DSCN0208
: : meneropong : :

DSC_0619
: : my chenta hati : :

DSC_0613
: : cintaku tertinggal di menara alor setar. eh eh : :

DSC_0629

setelah dalam 45 minit hamik hangen kat atas nun, kami pun kembali ke daratan.
sedang elok ada orang tengah jual kek.
knowing nikolas yang hantu kek, lalu beliau baik hati telah membelanja kami semua sorang seketul kek.
saja je kan awak nak bagi kakya menggemuk kan. nyampesss…

DSCN0217
: : tapi kek adalah super tempting. jadi adalah tidak berdaya menolaknya : :

DSC_0636
: : elok nauu bergambar cenggini. habis serombong hidung semua nampak. heh : :

dari menara alor setar kami zass pulak ke muzium negeri.
aku tak ingat lah ada amik gambar ke tak dalam nie. ke takde sebab tak boleh?
sebab aku belek gambar dalam folder cam takdok je.
tapi standard muzium la kan.. harus semua pun berunsurkan sejarah gitu.
dan aku adalah suker..

DSC_0641

DSC_0644
: : buku pelawat. diorang jahat!!! : :

dan dari sini encik z amik alih terus drive memasuki highway berdesup desap.
sampai kat taiping dalam kul 7 malam gitu.
mandi dan rehat kejap. dapat juga la aku lepaskan rindu kat yaya.

masa sampai-sampai je kat muka pintu, dia terus lari lelaju peluk aku kekuat.
sob sob sob…. sebak tul aku rasa masa nie…
dia belai-belai rambut aku cakap dia rindu kat aku… huksss…

kul 8.30malam camtu kami pun gerak gerak gerak khas dari TLJ.
singgah kat bomba sebab nikolas & yiet tingin nak makan sotong kangkung.

DSC_0666

lepas makan, sempat pusing jap kat funfair depan bomba tu.
nan hadooo apa gambar sebab memasing masa nie dah kedaung.

yiet dan nikolas bertukar drive taiping – kl.
sib baik awak drive jugak nikol. kalau tak, harus akak awassskan awak.
sampai kl dalam kul 3 pagi gitu. drop dorang dulu dan kemudian kami laki bini pun pulang ke pangkal jalan…..

akhirnya uollls……… akhirnyaaaaaaaaaaaa…. habis gak entry perlis nie..
adoiyaiiiiii…..

dan kesimpulannya, percutian adalah best dan berbaloi-baloi.
aku collect sorang RM200 gitu dan cover semua semua…
so kalau korang ada hajat nak bercuti tapi tak tau ke mana-mana, perlis adalah destinasinya.

kalau sesapa nak baca cerita pasal perlis nie, ko carik je categories Perlis kat belah kanan blog nie. ko klik nanti keluar lah semua yo.

aku nak gi amik napas jap. satu napas menaip entry ni… erghhh…

8 thoughts on “Dari Kangar, Singgah Sebentar di Alor Setar & Taiping

  1. ko amat haibat normaya, aku yang lahir kat kedah ni pung tak penah sampai kat menara… dok tengok dari jauh jer.. takpa .. lepaih ni tau dah aku tang mana makanan yang sedap leh makan…. hiks.

Comments are closed.