Cepat, Senang Dan Berkesan

hari tu encik z dapat call dari seseorang.
katanya dapat nombor encik z dari encik noor ali & puan shida.
hamboii hamboiii korang. jaja no handphone laki aku ek..

seseorang tu adalah dari syarikat pembersihan katanya.
datang nak buat demo pembersihan rumah.
so hari selasa lepas muncullah beliau.

rupanya dia nak buat demo barangan yang ala-ala berupa vakum.
tapi katanya yang ini lain dari vakum.
lebih hebat dan lebih praktikal.

so dia buat lah demo vakum karpet, sofa sesambil beri penerangan.
siap paksa-paksa aku dengar pulak tu.
dah la aku tengah nak konstret nonton drama si capik.
kacau daun betul tau.

siap tunjuk demo tilam dalam bilik.
kalau ikut dari penerangannya.. memang benda alah nie cepat, senang dan berkesan.
itu tidak dinafikan lah…

tapi bila dia sebut harga, mak aiiiiiiiiiiiii….
sib baik kami laki bini tak termeninggal kat situ.
mahal okkkkkkkk…

sebelum balik, dia mintak encik z bagi nama-nama sesiapa yang berpotensi nak beli alatan nih. aku tak tau encik z bagi nama sesiapa.
jadi, kita tunggu saja lah… tengok siapa yang kena!
tehehhehehe *gelak syaiton

4 thoughts on “Cepat, Senang Dan Berkesan

Comments are closed.