Bisikan Hantu SuriRumah Yang Terdesak

tajuk entry adalah pening.
tu sebab gabungan cerita ghost whisperer dan desperate housewives.
dah 3 minggu berturut-turut tau aku nangis nonton dedua cerita nie.
tsktsktsk…

ghost whisperer walaupun tentang roh yang tak tenteram, tapi tatapp meninggalkan kesan dramatik di dalam hati aku yang very the fragile ini.
ko bayangkan sok ko mati, tapi ada benda yang masa hidup ko tak dapat nak selesaikan.
terkocoh-kocoh ko carik balik orang yang ko berhutang budi itu.
atau pun nak mintak kemaafan.
kan cam sedih…

desperate housewives plak walaupun banyak je scene kelakar, tapi pun banyak sangat moral of the story.
yang bebaru nie aku ingat tentang cara kita menilai orang lain.
boleh di katakan semua orang keliling kita, kita nak nilai dia.
dia tak jaga anak dia, mesti dia tak sayang anak dia.
dia pergi bercuti sana sini, pasti hutang kad kredit (sentap dengan diri sendiri)
dia kejap pakai tudung, kejap tak pakai.. pasti dia seorang yang mempermainkan agama.
i mean, things like that laa…

kita takkan pernah berhenti untuk menilai orang di sekeliling kita.
bagaimana pula kalau orang menilai kita? adakah kita boleh terima?
kita asyik nak kata kita tak suka orang tu, kita benci dia nie, kita menyampah dengan si polan.
pernah tak sekali kita fikir bila mana kita tak suka 10 orang, mungkin ada 100 orang yang tak suka kita?

2 episod cerita tentang gabrielle yang dikatakan tak pandai menjaga anak dia, juanita. walaupun dia telah berusaha sedaya upaya.
tak boleh la over confident sangat dengan anak-anak yang dalam jagaan sendiri.
walau kau dah bagi didikan sempurna, tak tentu jugak dia dewasa akan jadi manusia sempurna.
dan bila aku tak dapat nak jaga anak aku sendiri, tak bermakna yaya tak boleh jadi manusia sempurna juga.

katanya ITU HAK MASING-MASING…
tapi masih jugak dok aku dengar merepek-repek dia.
makin lama makin merepek-merepek. i just dont get it…

nak report? nak saman?  mak ayah berpengaruh?
ada aku kisah? teruskanlah dengan repekan itu… sebab ko memang merepek..

ok anak-anak, jangan lupa menonton ghost whisperer dan desperate housewives setiap hari selasa jam 9.30 malam.

– ESOK MAU NONTON AGNES MONICA OH…. KO ADOOO??? –

6 thoughts on “Bisikan Hantu SuriRumah Yang Terdesak

Comments are closed.