Bermain Permainan Sekeluarga di Genting Highlands

kisah di dalam taman tema dalam first world.
memula tadi naik ferris wheel kan.
sekarang naik venice gondola plak.
tak dapat naik gondola sebenar di venice, naik yang nie pun jadik laaa…


: : di mana kekasih hatiku : :

bila lalu kat bawah jambatan yang ala-ala tu kan, cecepat aku suh encik z kiss aku.
wah kan.. feel feel kat venice tatapppp…
kan katanya kalau gondola lalu bawah jambatan, lalu pasangan berciuman akan menjadikan kasih sayang itu berpanjangan.
katanyaaaaa….

tapi giler ko nak comolot bagai. mampos kena maki kat situ jugak.
orang mana tau kita nie dah kawin ke belum.
kalau dah kawin pun, motipp nak bercium di khalayak ramai sana?
ko ingat ko angelina jolie dan brad pitt? heh.
so cium pipi sajorkk.. awww.. gatal!

lepas bercengkarama di dalam venice gondola, kami naik reindeer cruiser plak.
naik rusa ala-ala santa claus di hari krismas gitu.

kemudian naik mini train.
ini yang paling tak boleh blaaa sebab nampak nauu mainan bebudak.
pusing bulatan kat situ jugak. heee…
belasahh.. janji dah merasa naik kann..

dari situ kami gi naik rio float plak.
konsepnya sama je la… bergerak lalu ada bunyi-bunyi.
dah nama nya pun permainan sekeluarga.
takkan nak ada tunggang terbalik pulak ye dok..

`
: : di penjara cinta. awww… koserr : :

pastu kitorang nak naik mini train yang sambung sekali dengan taman tema luar.
tapi dah penat q pepanjang, budak yang jaga tu kata cannot proceed.
sebab cuaca kat luar adalah hujan. eieiei benci tauuu…
mempermainkan perasaan orang jer…

so kami pun blah la dengan perasaan dukacita..
sebab ini satu-satunya permainan sekeluarga indoor yang tak dapat main.
sob sob…

lalu membawa diri ke permainan penuh aksi.
iaitu 4D motion master.
kena pakai spek dan kemudian ala-ala nonton movie gitu.
adalah sangat best sebab wataknya adalah seekor kucing yang sesat dalam rumah lama yang berhantu.

siap panjat pokok, lalu longkang.. jumpa ular..
naik tangga… pastu siap bunyi angin dan desiran angin kat telinga.
seriyus adalah sangat best dan teruja gitu.
jangan lupa korang kalau gi indoor nie, masuk nonton 4D motion master k..

pastu adajugak naik euro express tapi cam takde gambar je.
dan kemudian encik z main adult bumper car.
aku tak main sebab errr.. sebab… errr ada pernah terjadik satu peristiwa lama dulu dengan bumper car nie. so ala trauma gitu…

menjelang maghrib kami pulang ke hotel.
mandi rehat apa semua lah. kul 10 malam gitu baru keluar balik.
sebab udah beli tiket mau masuk snow world. yeay sukerrrrr…

almaklumlah, mak mana pernah gi oversea ada salji-salji bagai nie.
so harus menjadi penjakun yang haibattt…
tapi kan… yang aku geram sebab dorang takmo kasik boot kat aku.
aku dah ler pakai kasut sarung je.
sib baik gak aku pakai stokin.
sebab dia punya sejuk…. astaga… anta cakap sama ente…
manyak sijukkkkkkkk…

terketap-ketap bibir mak yang tak berapa nak mungil nie.
dia punya sejuk sampai bebiru jari tangan ngan jari kaki oh…
dia bagi masa tak silap setengah jam kot dalam nie..
so kami laki bini pun duduk la dalam kegigilan gitu…

tak boleh bawak masuk kamera dan ngamik gambo yer dalam nie.
jadik sudahnya beli la gambo yang dijual..

keesokan harinya… (tetiba dah esok kannn…)
ini namanya entry express rakyat… menjawab la korang baca panjang lelebar..

esok pagi, bangun awal terus pi breakfast.
tempat breakfast adalah seperti kantin budak sekolah uolls.
bising lagi gegak gempita.
pilihan makanan pun tak banyak.
aku makan salad dengan roti sajork. jadik lahhh…

kat belah luar cafe nie ada kedai-kedai mengikut negara.
so ko boleh la shopping souvenier yang ko nak.
ada kedai indonesia, malaysia, vietnam, singapore etc..

dah habis breakfast, ronda jap dalam indoor tu balik.
kemudian balik ke bilik dan packing. harus la ko pulang ke pangkal jalan.
sementelaah hari tu kitorang half day..
so kena masuk office maaa…

rumah tingkat 18, stay hotel pun tingkat 18. cool eh..

check out adalah senang. ko masukkan je kad kunci bilik tu dalam tong yang disediakan. tong katanya…
takpayah renyah-renyah.. tak payah pening-pening…

separuh nyawa nak habiskan entry nie.
dah dah nak pi minum air masak lapan gelas jap…
gluppp glupp gluppp….

10 thoughts on “Bermain Permainan Sekeluarga di Genting Highlands

  1. Sonok nyer dpt naik mcm2.. Masa Lala pegi ari tu, udah ler cuti cino ghayer kan… harus lah maknosia melaut dalam!! nak main ape sume kena beratur berpanjangan mcm nak beli makanan kat kantin sekolah… bawak anakĀ² plakkk.. lagi la haruuu!! tahu jer lah kan budakĀ².. kalo mai angin nak mengamuk, bukan kira tempat dan waktu.. yer dokk?
    Tapi tak kiroo! nak repit gak pegi genting lagii!! huhuhuhu!!
    .-= CekLaLa´s last blog ..::SILAP AKU KAH??:: =-.

  2. masa aku pi pon duk naik rides yang kiddies, mampos ketakotan mau naik rollercoaster bagai. *chop, tetiba tingat naik rollercoaster di berjaya times square, bersama temanku, ju-on jadian.

Comments are closed.