Aku Disahkan Menghidap Penyakit Periodontal

wah tajuk entry ini sungguh poyo sekali bukan?
seolah-olah aku menghidap penyakit kronik pula. (mintak dijauhkan huhu)

ok begini. baru-baru nie ada aku letak status kat facebook kata sakit gigi.
siapa friend dengan aku harus lah tau.
siapa yang tak friend dengan aku pun akan tau juga kalau kau bukak wall aku.
aterrnya aku tak privacy kan wall aku itu.
tapi kalau tak friend, nak jugak bukak wall dan tengok gambar, apakah maknanya?
*teeeeeeeeeeeeeeeeeeeet*

: : dah telan ubat sakit gigi, tapi tak memberi apa-apa makna : :

minggu lepas, hari apa ek…
haaa hari khamis. sakit gigi aku itu sudah tidak tertahan lagik.
lalu pergi mengadap sembah JM meminta time off.
pukul 3.30 petang terus cabut ke klinik pergigian di setapak sana.

setelah dicek oleh doktor otai berbangsa cina itu, katanya bukan masalah gigi.
tapi masalah gusi. gum infection.
atau nama saintifik nya periodontal.
dia tunjuk la gusi tu dalam cermin.
haah ler, bengkak. sob sob sob…

Apakah Penyakit Periodontal?

Jangkitan bakteria kronik yang melibatkan gusi dan tulang yang menyokong gigi.  Boleh melibatkan sebatang gigi atau lebih.

Apakah puncanya?

Disebabkan oleh bakteria di dalam plak (selaput gigi yang melekit dan tidak berwarna).  Jika tidak dibersihkan menggunakan berus gigi dan flos setiap hari, plak boleh bertambah (dan menjadi keras untuk membentuk tartar) dan bakteria ini juga akan menjangkiti tisu gusi dan tulang yang menyokong gigi.

Jika proses ini berterusan, gigi menjadi semakin longgar.  Poket gusi iaitu suatu ruang akan terbentuk di antara gigi dan gusi, dan membenarkan lebih banyak bakteria berkumpul.

cek punya cek, doktor pun bagi ubat.
antibiotik dengan ubat tahan sakit.
selain itu diberi ubat gigi khas untuk gusi sensitif seperti haku ini.
dan sampel percuma ubat gigi colgate jugak.
katanya boleh disapu di gusi bila-bila masa terasa sakit.
gitu..

doktor dan nurse dedua pun adalah baik hati.
tapi klinik gigi tu cam otaimer sangat arr..
tengok ar, plastik ubat pun takde. diberi plastik oren itu.
tapi katanya bulan depan diorang dah nak pindah ke danau kota.
sebab kedudukan klinik sekarang nie cam dah tak sesuai.
pernah jua dirampok beberapa kali. situ sunyi la uolls..

siap bagi risalah lagi tentang cara-cara penjagaan gigi dan gusi yang betul.
doktor tu kata aku gosok gigi ganas naww..
tu yang sampai terlanggar-langgar gusi. hohoh.

pastu katanya lagi kena pakai berus gigi yang soft.
kena pakai floss. kumur-kumur listerine tu adalah wajib untuk menghapuskan kuman di gusi.

so balik tu aku terjah la ke jusco sana.
membeli floss & ubat gigi yang bermaruah sikit.
sebelum ni mana la amik kira berus gigi apa.
semua pun cap ayam. janji adoo sudehh..
tu yang kesihatan gusi & gigi ke laut.

Sedikit informasi tentang periodontal.

Tanda-tanda penyakit periodontal?

1. Gusi merah, bengkak dan lembut
2. Gusi berdarah sewaktu memberus gigi
3. Gusi menyusut dari gigi
4. Wujud ruang di antara gigi
5. Gigi longgar

Siapa yang berisiko?

1. Merokok atau mengunyah tembakau (Yiet, jaga-jaga)
2. Gigi serong dan tidak teratur
3. Tampalan gigi yang telah rosak
4. Kehamilan atau penggunaan pil pencegah hamil

Cara merawat penyakit periodontal

1. Memberus gigi dan memflos dengan betul
2. Pembersihan secara profesional oleh doktor gigi

Apakah yang boleh dilakukan supaya gusi sentiasa sihat?

1. Berus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari
2. Bersihkan gigi setiap hari dengan flos
3. Jangan merokok atau menggunakan tembakau (Yiet, dengar tu)
4. Diet yang seimbang
5. Selalu berjumpa doktor gigi sekurang-kurangnya 6 bulan sekali

So anak-anak… mencegah lebih baik dari mengubati!
*tetiba rasa entry nie macam dokumentari kesihatan pulak

16 thoughts on “Aku Disahkan Menghidap Penyakit Periodontal

  1. pergh…statement memula tu sentapsss gaklaa…
    tapi, lantak aarr sapa soh tak private…
    aku klik2, wall ado..so, kasi zasss jerla
    tgk jerrrrr…takder provokasi di situ uolls….

    yg pelik org membizi bodi nih, ishk ishk ishk..jaga jerla suami sendiri..ek eh??? wakakakaka….
    .-= TiNiE´s last blog ..en.nahar dan kenangan =-.

    • hehehe… ok la pasni aku private ek kak…
      agak2 sesapa yang suka skodeng tu, aku block terus. :p

  2. mesti mahal kan kak gie jumpa doktor gigi tue…emmm FLOS tue aper??cmna rupa bentuknya??cmna nak pakai FLOS tue??hahahahahaha…sy mmg tak tau la bab2 nie..cm akak gak pakai asal ado jer…
    .-= liyana´s last blog ..No Strings Attached =-.

    • ratus-ratus gak lah.

      errr.. flos tu cam benang untuk bersihkan celah gigi.
      banyak terjual di farmasi dengan pelbagai jenama. hehe

  3. sakit gusi…should try Sensodyne *lupa ah ejaan dia*. saya pon pernah kena cam gini. ++ ubat gigi die ado kaler pink mesti akak suke…teehee

  4. a’ah… kak tinie… mya bikin kiter sentap plak dgn statement die tuh….. tp itu hak masing lor…. nak klik2 fb saper2 pung….. yg pasti jgn nak jaja kesah pulak… dah tu ditokok tambah…. cam @!*&%$#@… teeeeet….. pls la jage diri sendirik & keluarga sendirik sudah…. 😛
    .-= Ernie´s last blog ..Suatu Petang yg panas… di tepi pantai…. =-.

    • yer yer.. itu yg paling penting. jaga diri sendiri dan keluarga sudah.

      orang lain nak buat apa, lantak orang tu lah.. takyah nak sibuk2

    • biasa la kita, suka komen ke laut.
      tapi kita tak kacau orang kan kan kan..

      nak friend kat FB? bkn ko dh blocked aku ke kak

Comments are closed.