tajuk akhbar yang dipetik dari mStar Online.
tadi aku borak-borak YM dengan kaktin.
kaktin la bagitau aku pasal achik spin dah meninggal dunia.
lalu aku google dan bertemu tajuk akhbar seperti di atas.
Api marak membakar kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandu Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini, petang tadi. – Foto BERNAMA
Keluarga Allahyarham artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, berada di Hospital Tuanku Jaafar di Seremban, malam ini.
SEREMBAN: Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini, petang tadi.
Allahyarham yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabas setelah melanggar papan tanda dan beliau meninggal dunia di tempat kejadian sebelum api marak membakar kereta MPV yang dipandu Achik ekoran kejadian malang itu
Mayat Allahyarham dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini, malam ini.
salam takziah untuk achik spin sekeluarga.
Dalam hati ini ada nama mu
Nama seorang insan yang aku rindu
Dalam diri ini ada sayang mu
Sayangnya diri mu tidak mengerti
dpt tau masa tgk buletin utama sabtu malam..
alfatihah utk arwah, takziah utk keluarganya..
sob sob..
sedih kan..lpas sorang2 artis tanahair pergi meninggalkan peminat…walau Lisa bukan peminat dia tapi turut simpati atas apa yang dialami oleh keluarga beliau…al fatihah ..
.-= Suriaamanda´s last blog ..Berkelah dengan Family Tunang =-.
itu lah.. yang pergi pulak muda muda belia..
sedih kak achik meninggal…
minat sejak zaman skolah ni…
insan ku sayang kini menghilang 🙁
walaupun lagu dorang mendayu2, tapi tatapp layan kan.. tsktsktsk