Teratai Putih Restaurant & Resort, Padang Besar, Perlis

kat padang besar nie, kami stay di teratai putih restaurant & resort.
aku syak memula tempat ni mungkin restoran sajork, then owner restoran sudah ada duit berkepuk-kepuk di bank, lalu dia bukak resort sekalian.
itu aku saspek la yo.

kedudukan resort nie dekat je dengan tempat shopping padang besar tu.
dalam 10 minit gitu. tapi awass ya, jalan masuk ke resort ni agak scary creepy gitu. ko kena lalu terowong yang ala-ala filem terowong casablanca, filem endon tu. kalau nak nonton, sila dapatkan DVD di kedai berhampiran anda.

balik dari menyoping, kami tak terus masuk bilik.
kami lepak-lepak kat pondok luar resort tu menghirup udara segar.
katanya… ada gak la angin bertiup walaupun cuaca sungguh la panas.

untuk meng up kan lagi feel feel melepak bersama angin sepoi bahasa, memasing sudah order air minuman.
fresh orange yang setapp dan air kelapa yang lazat 🙂

of coz takkan lelepak kau tengok muka aku, aku tengok muka kau lak..
memacam la topik kami borakkan. semua hal dicover.
dari kisah artis malaysia, artis hong kong, artis tamil.
dan tak lupa kisah bloggers yang saiko lagi mental lagi terhapa.

sesuka je panggil orang saiko kan. walhal diri sendiri pun saiko jugak.
huahuahua. takut tak korang kawan dengan aku. aku saiko tauuu.. :p

aku tak paham napa nak ngamik multi shot gak walaupun ko dalam keadaan duduk dan statik. tak pehe tak pehe..

dah habis sesi melepak, kami ke kaunter.
mau men pre order makanan untuk dinner nanti.
matikk la semua pelahap tahap pirana. belum pun malam menjelma dah sibuk pikir pasal dinner kan. heh.

dan malam pun menjelma… pabila larut malam…
kami ngamik set makanan. ala tapi dah lupa berapa harganya.
ada memacam lauk ar. kira set makanan untuk 4 orang.
puas la masing-masing makan.

tengok tengok. hakuu gak kena cedok tomyam kat depa.
takpe takpe, haku kan kakak. semua ni pangkat hadik-hadik je dengan aku.
encik z pun. aku tua 4 bulan setengah dari dia. :p

makanan adalah walla. dan jangan tak tau, krew jalan-jalan cari makan tv3 pernah sampai dan buat review makanan kat sini.

lepas makan, lelepak kejap kat luar.
pastu terus masuk bilik. tidur. esoknya nak kena bangun awal pagi.
banyak lagi tempat nak terjah nie…

kalau ada sesiapa berminat nak bermalam kat sini, boleh call 04-9493549.
harga satu malam RM70. satu bilik leh sumbat 4 orang.
berbaloi baloi…

9 thoughts on “Teratai Putih Restaurant & Resort, Padang Besar, Perlis

  1. nak bgtau jek..skang harga blik kat ctu dah naik ckit lah…ader peningkatn kos ler…anyway,tkz coz menceritakn tempat yg pernah ku kerja dicini..

    • eyma, harga naik selaras dengan kualiti hotel pasti tak menjadi masalah kan 🙂

  2. wa…….gua pun dah truje nak p kat cni mcm best je wpun lu kate scary…gua suke nture mcm gini…x semak kapla..tp gua rase lu pegi musim panas 2 pasal la panas tp klu musim skunk pasti dingin bangat seh….gua yg x leh tahan pasal makan 2…lain aktiviti ape yek slain nyoping kasik punah duit…(gua x suke)mdaki,trcking ade x?

Comments are closed.