Takde Common Sense Ke?

hari khamis, lunch time aku menapak ke kompleks cambell sana.
dengan hajat nan satu, iaitu mau mencari beli kasut untuk yaya.
kesian dia takde kasut yang molek.
semua pun udah ketat.

cecomel kan kasut budak-budak nie.
dulu aku penah datang sini beli kasut kickers & nike untuk yaya.
kali nie ingat nak la cari design yang lain sikit.

punya la lama menunggu. dekat 40 minit.
katanya kena carik kat store saiz yang aku nak.
pasrah lah aku menanti di situ. sib baik dapat diskaun agak menggila.
kalau tak, harus aku awaskan salesgirl tu. aterrrr lama nauu nunggu.

tetiba terpandang kasut reebok nie.
teringat dulu masa aku darjah 5, darjah 6 kasut reebok nie laaa yang paling femes masa tu.
wahai bin, adakah dikau ingat trend di singapore semua orang mau pakai kasut reebok? heee…

dah lepas dapat kasut, buat pembayaran segala. terus zasss ke sogo.
tak kira, aku nak makan jugakkk walaupun dah pukul 1.45 tengah hari gitu.
mak laparrrrrr….
lalu makan nasi lemak kat kampung boy kopitiam.

patutnya aku janji nak jumpa ernie kejap kat foodcourt.
kebetulan dia cuti dan ada kat area sini.
tapi tak dapat nak jumpa sebab masa mencemburui.
sorry ernie. nanti kita memang kena meet up jugak yo.
banyakkk aku nak stori mori the morning glory ni.

apa yang common sense nie ek? aku selalu tajuk ke laut.
sebenarnya aku nak cerita pasal attitude orang-orang kat malaysia nie bila lalu kat escalator aka tangga bergerak.
secara logiknya, secara pengetahuan amnya… kalau kita naik escalator, kita kena berdiri sebelah kiri kan?
supaya untuk memberi laluan pada orang yang nak lalu dengan cepat, boleh lalu sebelah kanan. betul tak?

tapi selalu pun orang malaysia nie akan berdiri bersebelahan bersama rakan mereka lalu berbual mesra.
walaupun kau dah nampak ada orang kat belakang nak lalu, kau boleh buat deeeek jer. lagi worse bila kita dah dengan sopan santun mintak lalu, boleh dijeling nya kita pulak. apakahhh???

so kepada rakyat malaysia sekelian, sila lah lebih prihatin dan tidak mementingkan diri sendiri. tolong berdiri di sebelah kiri apabila menaiki escalator.
sekian permintaan kecil dari saya.  terima kasih.

4 thoughts on “Takde Common Sense Ke?

  1. oohh, mya!! entry pasal kasut reebok sungguh terkesan. Eeerrr, masa darjah 5 atau 6??? Nampak sangat kita seusia dan aku memang ada that kind of shoes at that age!!!! Kelakar, kan!!! Memang menjadi kegilaan….. di singapore??? aku yang sekolah di johor ni pun tempias gak tau!!!

    • eh kita mmg seusia kan? he he..

      tapi nowdays cam dah tak ramai je org pakai reebok ye dok?

Comments are closed.