Sup Lidah Dorai Yang Udah Naik Harga

hari tu aku pergi makan sup lidah kat dorai sana.
tak ingat la hari apa. isnin kot. ke selasa? ntah.

selalu kan pepetang mesti hujan kan, tapi sebab hari tu cuaca cerah.
tu yang aku ajak encik z gi dorai.
cam lamanyaaaaaa tak makan sup lidah.

kat belah belakang gerai dorai tu ada construction la uolls.
gerai dorang pun dah ke belah depan sikit.
takut jugak esok-esok bangunan tinggi naik, kang pupus plak gerai dorai ni. hu hu.

lepas makan, bayar. harus la bayar kan. takkan nak cabut lari pulak.
sup lidah dah naik harga la. dulu RM5 je.
sekarang dah RM8. mahal ooohhh…
walhal lidahnya banyak tu jugak. ke makin menciput je aku tengok.

korang reti masak sup lidah? *tetiba

8 thoughts on “Sup Lidah Dorai Yang Udah Naik Harga

  1. Kami tak pernah la buat tapi rasanya sup masak mcm biasa je.. tp lidah ke perut ke apa saja bahan2 tu kena rebus dulu.. owh sup mamak dia banyak taruk lada putih ngan rempah2

Comments are closed.