Shida, Ara & Dhia

balik dari wedding kak wanie, aku terus zass ke jusco wangsa maju.
sudah janji nak berdating dengan puan shida shidot.
kesian dia dah tunggu lama, terpacak depan johnnys.
dulu dating dengan dia pun lama gak dia tunggu aku.

aterrr… ko nya timing tak ngam soi la babe.
asal aku nak gi wedding jer, asal tu la ko ajak berdating kan.

terus makan kat johnnys sambil pot pet gossip itu ini.
punya leka berborak sampai terlupa ada 2 biji telur yang kitorang tak masukkan dalam periuk steamboat itu. membazir membazir. heh.

dah lepas makan, ronda-ronda kejap dalam jusco itu.
lepas maghrib terus gerak ke keramat sana. amik dhia & ara yang mencomel di rumah nenek mereka, dan terus hantar mereka ke mawarsari.

hajat hati nak drop dorang je, tapi si shidot ajak naik.
ok la memandangkan rumah baruuuu, so aku kasik bz body la di situ.
pun hajat hati ingat nak melepak kejap je, tapi jadi lamaaaaaa plak.
tak puas sambung gossip kat johnnys, sambung gossip lagi kat rumah kann..

dalam masa yang sama, aku umpan si ara dengan barang-barang mekap aku.
memang la budak nie kaki mekap.
walaupun bibir tak bersuara, tapi tangan pantas je amik mekap sambil memekapkan diri sendiri.
ikut perangai sapa ni shida oiiii…

tapi aku suka je melayan…
bukan takat ara je, si dhia pun sama naik.
tak padan dengan kecik cenonit nya.
pastu bila aku pakaikan eyeshadow dengan blusher, elok je dia duduk diam kooo.

DSCN0250

shida yang tak puas hati kenapa losyen aku lagi wangi dari dia.
walhal benda tu dari orang yang sama, dari negara yang sama.
jangan jeles noq…

DSCN0251

ara yang tengah bertimbang tara nak pakai blusher.
so comelllll….

DSCN0253

rindu kat yaya lah. sob sob sob….

6 thoughts on “Shida, Ara & Dhia

Comments are closed.