Sesi Bersama Cik Seri Siantan

hari nie aku nak ngadu-ngadu dan nak tanya pendapat korang jugak.
aku ni ada satu masalah. eh, bukan aku lah. masalah kawan aku.
dia dok ngadu cerita kat aku. aku cam biasalah, menjadi pendengar setia gitu.
nak bagi nasihat lebih-lebih pun, aku ni selalu jugak ke laut.
so bagi nasihat lite-lite je lah.

cut it short la ek. sebab aku pun tak berapa nak reti ayat berbunga-bunga.
aku namakan dia sebagai ezah.
dia ni dah kawin dengan husband nya skang, adalah kira-kira setahun gitu.
sekarang tengah tunggu hari nak melahirkan anak.
tapi semenjak dua menjak nie, husband dia ada berkelakuan mencurigakan.

husband dia asyik masyuk dok bersms dengan wanita lain.
ada sekali tu kantoi, ezah amik no handphone perempuan tu.
call perempuan tu. perempuan tu mintak maaf semua. kata dia dengan husband ezah ni cuma kawan biasa je.
ok habis kat situ.

ni baru-baru nie jadik lagik. tapi dengan perempuan lain pulak.
bersms sampai kul 3 pagi camtu.
bila ezah tanya, husband dia cam buat bodoh je.
no explanation at all.

sampailah kemudiannya husband dia kata, better mereka duduk berasingan.
tanpa sebab musabab yang kukuh.
ezah ni pulak hatinya macam dah kecewa. dia rela kan je.
dia kata, esok bila anak dia dah lahir, kalau husband dia takde perubahan gak, dia nak failkan tuntutan cerai fasakh.
sedihlah 🙁

kalau boleh nak mintak la pandangan korang.
ezah, she’s my blog reader. so dia akan baca semua komen korang.

perhatian yer, ezah ni bukan hakuuu.
walaupun aku baru je letak status ala-ala mencurigakan kat facebook semalam.
tapi perchayalahhhh.. bukan aku.
aku dengan encik z yang porque tu masih mood pengantin baru. awwww…

9 thoughts on “Sesi Bersama Cik Seri Siantan

  1. Utk Ezah … sebelum buat keputusan better hati ke hati dgn en suamimu. Demi anak yg dikendung … demi diri sndiri juga. Cerai bkn jalan pnyelesaian. Dimasa2 depan? Hubungan anak dgn si ayah? Perlu juga di amik kira. Pokok kata … fikirlah dgn lapang dada dulu. Mungkin ini dugaanNya.

  2. Dear Cik Ezah,

    Kite rasa wat masa ni jangan menyusah kepala awak dengan mende2 alah nih.. Nnti effect pregnancy awak.. Nasihat saya adalah u just follow the flow first.. Sambil2 doakan dia berubah.. Org kata doa org mengandung = doa org teraniaya = CEPAT MAKBUL. Manalah tau ur husband tu sebenarnyer ada masalah hormon ker while ur pregnant kan.. 🙂 Lepas u bersalin and after tengok ur baby hati dia berubah.. Insya Allah.. Org kata anak tu pengikat kasih sayang.. tul tak? Insya Allah banyak2 selawat n baca quran tenang ati.. (ala2 ustazah la plak..)

    P/S: Alergi tul citer kacau mengacau laki org nih.. Geram tul.. Cam takde org bujang lagi dah.. Message kepada pompuan2 yang dok sibuk usha laki orang tu.. ingat2 ler .. DUNIA NI BULAT.. ARI NI NKO AMIK LAKI ORG.. ESOK2 ORG AMIK JANTAN NKO LAK.. MENDE2 CAMNI TUHAN BAYAR CASH JER KAT DUNIA… KLAU ENKO KENE PADAN LA MUKA.. BUT KALAU ADIK NKO, ANAK NKO KER KAKAK NKO KER TAK SIAN KER? LU PIKIR LA SENDRIK.. What you give you’ll get back…

  3. Errr aku ni nak komen pepanjang pon bukan teror, sbb ai teruna lagi uolls. Tapi untuk ezah, bertawakal lah, insyaallah akan menemui jalan terbaik. Perceraian adalah jalan terakhir dan jika buleh elak kan lah sebaik mungkin. Keadaan mengandung mungkin salah satu dugaan dalam situasi ni. Jangan sesekali dianggap sebagai beban. Not gud uolls.

    Ps: Saya doakan jodoh cik ezah berpanjangan dengan suami. Semoga segala dugaan yang dihadapi, dilalui dengan penuh keredhaan. Jika kita diuji itu tandanya Allah sayang dengan kita. eh satu lagi, jangan sesekali buat keputusan dalam keadaan marah. Akan memudaratkan di kemudian hari kelak. Peace
    .-= payiet82´s last blog ..Protected: apabila hati wanita itu sudah hitam, maka tertikamlah aku dari belakang =-.

  4. salam…nie 1st time comment kat blok maya..can i call u Maya O kak Maya..kesian gak kat kawan kite nie.biasa la lelaki…dari pandangan dan pemerhatian saya la kan nak kata semua lelaki akan berubah sikap apabila isteri dia mengandung dan dlm pantang..sbb2 munasabah semua org tau rasanye…dan apabila isteri dia kembali selepas abis pantang sya rasa pasti hb dia akan kembali..dan kpd si isteri jng terlalu mendesak si suami utk mengaku kecurangannye..kerana ini membuatkan si suami rasa berbangga..dan seboleh2nye..always say i love u to hb…can kan…ini akan membuatkan si suami akan sentiasa ingatkan si isteri walaupun dia ada org lain di belakang kita…insyaallah dgn adanye cahayamata yang akan keluar nanti..pasti terdetik dihati suami untuk kembali…sapa tak syg bby ma…nak pulak bby sulong..kan..dan berdoa la ye…
    Nak kata sya pandai tak la tapi dah banyak perkara begini berlaku di sekeliling saya…seperti opis…kawan2…satu blog rumah..dan mcm2 la…semuanye serupa begini la…cuma saya sarankan bsabar..bdoa…dan jgn terlalu memaksa suami mengaku kesalahan dia..insyaallh semaunye akan kembali sediakala…amin hendaknye…kepada Maya i like your blog..

  5. Puan ezah,

    Saya masih baru dalam alam perkahwinan. Mungkin belum layak nak bagi pendapat lebih-lebih. Cuma sebagai orang Islam kita kena ingat talak adalah satu perkara yang halal tetapi sangat tidak disukai Allah. Dan dalam situasi macam ni, paling penting dekatkan diri lebih kepadaNya. Banyakkn solat, baca quran dan berdoa. Mohon agar hati suami puan lembut. Dan jangan lupa mohon doa agak suami dipelihara daripada perbuatan keji dan mungkar.

    Mungkin apa yang terjadi sekarang ni perubahan hormon suami bila isteri mengandung. Sarat pulak tu. Yang penting puan jaga penampilan dan jangan abaikan tanggungjawab. Berhias untuk suami dan layan dia seperti biasa. Bersabarlah. Dan jaga kandungan baik-baik.

    InsyaAllah. kami doakan juga puan dengan suami akan kembali bahagia bersama anak yang bakal lahir nanti..

  6. ezah,
    kalau tengok dari segi suami ezah tu, nampaknya dia memang tengah menggatal tuuu, sebab si perempuan A dah tarik diri, dia pi cari lak perempuan B yang sudi layan dia……

    mungkin dia tu ‘pembawakan budak’ kot… cubalah doa2, semoga lepas beranak nanti, cahaya muka anak ezah tu akan membuatkan hati suami berubah… tapi kalau selepas anak depan mata pun dia tak rasa kasih sayang tu, ezah bawak2lah berbincang secara baik…

    tanya dia elok2, apa dosa ezah? ada ke perkara yang buat dia kecik hati sampai hukum ezah macam tu sekali? apa salah ezah dah buat sampai dia marah macam tu? tp jangan ungkit pasal dia duk menggatai ngan perempuan tu, kita guna reverse psycho… soalan tu, biarlah salahnya datang dari kita dan kita sudi nak minta maaf…

    mungkin dengan kelembutan dan kesabaran ezah tu boleh membuatkan dia berfikir 2x…

    tapi kalau betul2 ikut cara aku, aku mmg terus direct ngan pompuan tuu… kalau laki kita betul sayang kita, mmg dia akan diam jer, tapi kalau dia dah tak sayang kita, mmg benda tu akan dijadikan kesalahan kita yang maha besar sebab ganggu ‘kawan’ dia.. so cara aku mmg berisiko…
    .-= sWeEtdARLinG´s last blog ..Result for Teka | Janggal =-.

  7. ermmm… nak panggil kak ke??
    ok kot kann.. ai ni muder remajer gitu….
    ok kak ezah… tgk ke cara laki kak ezah tu.. mcm kak ezah ni peknen baby girl jek… betul tak? hehehe.. kalo tak betul.. sila maafkan pacar yg hina… hehehe.. bukan ape.. Lala berckp.. atas dasar pengalaman… walopon masih muda, tp pengalaman bab2 laki menggatal ngan pompuan ni mmg banyak.. sebab asben lala dulu pon mcm tu… 4 tahun awal perkahwinan memang sgt2 menguji… sakit otak.. sakit jiwa… sakit badan… sakit segala-galanya…
    Tapi kak… ALLAH itu maha mendengar… jangan putus berdoa kan… banyak kan berdoa utk rumahtangga akak… perkahwinan akak masih baru… kata org, masih dalam tempoh ‘perkenalan hati budi’ masih dalam tempoh orentasi gitu…
    Sabar banyak2 yer kak… jangan cepat mengalah… memang bila kita tgh peknen, emosi kita tak boleh dikawal… saya juga penah diuji sebegitu dulu… malah lebih dari itu saya pernah terima… tapi alhamdulillah… berkat doa, berkat kesabaran sy yang tak seberape ni.. rumahtangga saya dah masuk tahun ke 5 dah.. tp anak baru 2… hehe!
    Lastly… jgn murung selalu… nanti akan efek pada baby… sabar banyak2… banyakkan solat.. baca quran utk tenangkan fikiran… jgn fikir pasal ape pon yg asben akak buat diluar… diluar.. dia milik org, tapi bila dia balik rumah, dia milik akak.. layan dia mcm biasa.. jgn abaikan tggjwb akak pada dia… berikan ape pon yg dia nak…
    ok! stay cute! senyum selalu… nanti baby akan comel mcm mama dia!!
    bye!! anyway.. salam perkenalan… kalo free mai la blog sayer pulak… ewah!
    .-= ceklala´s last blog ..::PERUBAHAN 2010:: =-.

  8. Dear Ezah,
    dalam situasi sebegini..dua-dua pihak masih dalam keadaan marah..kalau si suami masih ‘dalam dunianya sendiri’…cam kata p.ramlee..dunia ni ana yg empunya..maka segala kata-kata mahupun teguran ‘tak makan’…sememang seorang isteri akan rasa kecewa, pelbagai2 perasan amarah memberontok dalam diri…dan dalam keadaan sebegini juga kata org jangan dicurahkan lg myk ke dlm api..so ezah bawak-bawak bersabar sebanyak yang mungkin..usia perkahwinan puan masih setahun jagung malah akan mendapat ahli baru dalam keluarga…itulah pengikat cinta ezah dengan suami..kalau selepas bb lahir..suami masih dalam dunianya..ezah boleh minta nasihat dari seseorg yg arif mengenai perkara ini..mungkin parent kita sendiri boleh membantu..jika kita tiada pilihan..Memendam perasan sebegini dalam keadaan puan yg mengandung tidak baik untuk bb dlm kandungan…kuatkanlah semangat puan demi anak yang bakal akan lahir nanti..dia tentu memerlukan kasih sayang ibu dan ayahnya..saya doakan semoga eza mendapat hidayah keberkatan…percayalah kesabaran itu kunci utamanya.
    .-= Nur´s last blog ..Anak Bawah Umur Dinikahkan Ayah Dalam Kereta… =-.

Comments are closed.