Seorang Diri di Wangsa Walk Mall

semalam aku letak status kat facebook kata nak gi wangsa walk mall.
so lepas maghrib, gerak dari office terus zass ke sana.
jalan-jalan sambil mencuci mata lalu membeli beberapa barangan.

pastu rasa malas nyer ah nak balik rumah terus.
sebab encik z kena ot. pastu dia nak main badminton lak.
memang kul 10 lebih la baru sampai rumah.

so aku cari restoran yang ada wifi.
ternampak georgetown white coffee, duduk. order.
lalu bukak lappy.

first time oh aku makan kat sini.
lepas letak status kat facebook,
tetiba
bin komen kata dia pun ada kat situ.
heh, tapi aku tak nampak lak batang hidung dia.
rupanya dia duduk belah dalam, aku lak belah luar.

sempat la pot pet gossip kejap. dia nak gi karaoke dalam tu.
wah kan.. nanti aku nak paksa encik z datang sini gak la.
gi karaoke, pastu leh nyanyi sampai lebam. ermm…

lepas kiss bye bye dengan bin, aku pun meneruskan mengadap lappy.
sambil mengadap, sambil makan.
aku amik mee udang dengan soya with cendol gula melaka.
ok ok la… takde la sedap nau pun.

aku takde napsu nak update blog. tapi aku bernapsu nak upload gambar ke facebook. 6 folders sekali jalan.
boleh tahan laju gak wifi kat sini.

aku lepak sampai kul 10 lebih gak. sampai la encik z call kata nak gerak dah dari office. kul 10.40 malam selamat sampai jasmine.
sekian kisah saya berseorangan di wangsa walk mall 😀

16 thoughts on “Seorang Diri di Wangsa Walk Mall

  1. alahai ciannyer sengsowang….awat x ajak member lepak skali…heee pape pong sdap la nmpk mi udang 2….yummmy

Comments are closed.