Sehari Di Taiping

Wednesday, 6:00 pm

ok takde la sehari sangat. tapi kalau ikut kiraan 24 jam, kira sehari jugak la.
hari jumaat, lepas office kami laki bini terus zass pulang ke taiping sana.
masuk-masuk kereta, encik z terus pasang movie rock kat handphone dia.
hamboi hamboiii… eksyen ko kan dengan handphone baru.

tapi yang sebenarnya dia bukan eksyen.
dia nak suruh aku layan movie tu supaya aku tak tidur dan boleh teman dia memandu. nan hadooo maknanya eh.
tak sampai suku movie nie, aku dah terkangkang tidur.
i’m sorry encik z. hohoh.

pukul 12.30 malam camtu dah sampai kat TLJ.
yaya dah tidur. so lepas wash up, aku pun masuk bilik tidur.
kali nie tidur bilik tengah sebab bilik master tok tidur dengan yaya & mama.

bilik tengah takde aircond. memanglah ada kipas.
tapiiiii tak merubah tahap kepanasan yang terlampau.
sampai berpeluh-peluh kat tengok aku.
seriyusss tak tahan. kat jasmine, walaupun tak pasang kipas or aircond, tapi still takde la panas terlampau. gamaknya rumah tinggi kot.

besoknya pepagi aku gi tadika yaya.
ada perjumpaan ibu bapa. mostly yang pergi semua pun cam 30tahun ke atas.
bertudung. aku je yang ala-ala tak sedar diri kan.
tapi yang sebenarnya memang dah kertu pong.
anak dah umur 6 tahun dolll… hohoh.

ok perjumpaan adalah sempena dengan nak memperkenalkan dan memaklumkan pada ibu bapa tentang teknik pengajaran yang digunakan di tadika anis nie.
diorang guna modul ‘bacalah anakku’ menggunakan sistem fonetik.

memang lain dari yang lain. dan first time aku dengar ni.
dia takde macam kita dulu-dulu A B C D segala kan.
nak explain pun aku tak reti. tapi dengar katanya cara begini lebih berkesan dan budak-budak lebih cepat mengeja nanti.
tak kisah la macam mana pun chegu. janji anak saya habis 6 tahun nie boleh mengeja dah.

mesyuarat setel kul 11.30 pagi. pastu ada jamuan sikit.
mama yang gigih ngamik nasi lemak.

yaya bagi aku kad birthday. dia kata sorry sebab bagi lambat.
hari tu masa aku balik dia nak bagi, tapi dia kata cari-cari tak jumpa.

yaya sayang mommy dan ayah. so sweet kan?

This entry was posted in Taiping, Yaya. Bookmark the permalink.


24 Responses to Sehari Di Taiping

  1. widda_me says:

    comelnya yaya..macam anak buah saya
    .-= widda_me´s last blog ..My Name Is Khan(MNIK) dah keluar…… =-.

  2. TiNiE says:

    pandainya yaya tulis…
    so comel…
    .-= TiNiE´s last blog ..wiken ku yg sentiasa membosankan…. =-.

  3. ceera says:

    olololo
    memang sweet sangat.
    sejuk je hati bila baca ayat yaya tu kan kak..
    .-= ceera´s last blog ..Padang Bola Depan Amcorp Mall =-.

  4. eis says:

    yaya comel!

  5. Mariah says:

    Kalau aku dapat kad ceni dari Alya mesti dah tercebik-cebik sebak nak nangis…. sensitip… baca entry ni pun tah apehal tah.. rasa cam sebak gak…

  6. jiejah says:

    bagus buku bacalah anakku tu ..
    adam umur 4thn dah khatam , senang tuk bebudak .
    tp masalahnya diorg akan ada masalah mengeja hehehe
    jenuh nak ejas balik :D

    anyway – cute sgt kata² yaya tu happy)
    .-= jiejah´s last blog ..kenapa yerrrr ?? =-.

  7. madulebah says:

    aiyooorrkkk sweetnya…

    eh tulisan yaya macam tulisan hangpa or kita2 dulu masa skolah menengah.. hik hik

  8. CekLaLa says:

    eh. eh.. yaya dah pandai menulis? sweet nyerr…
    6 tahun dah pandai tulis ‘Yaya Sayang Mommy Dan Ayah’ esok esok darjah 6, yaya tulis.. “Yaya nak kawen la mommy..” ehehe.. takdo lah.. guwau jer kakk!! heheheh jgn marah ehhh…
    .-= CekLaLa´s last blog ..::LAGI??:: =-.

  9. Ernie says:

    alahai… so sweet….. dah besar dah yaya…. cerdik plak tuh… :) .-= Ernie´s last blog ..White Witch Nurin…… =-.

  10. Inakasim says:

    dh pandai pun yaya menulis yek…

    buku tu bagus, budak2 cepat tangkap..
    yg enlish version pun bagus gak

  11. suria says:

    comeyyyy nya ….. tengok lah mommy dia sape kan..hihihihi
    .-= suria´s last blog ..Erma yang baik hati =-.

  12. Nur says:

    ala ala so sweet..terharuu nyerr..dapat bygkan gigih yaya nulis ayat tuh kan..tp yg pasti sure masa tuh ada opah aka cikgu sebelahnya kan :) .-= Nur´s last blog ..Anak Bawah Umur Dinikahkan Ayah Dalam Kereta… =-.