Saya Masih Berbadan Satu. Belum Lagi Berbadan Dua

hari jumaat tu aku sangat sangat sangat tak sihat.
rasa kepala ada pusing jugak. pening. pastu meloya. iskk..
sampai kat office, muntah. 3,4 kali gak la.
tapi takde la plak muntah keluar makanan semalam ke.
muntah air je. tapi perutnya punya la memulassss..
dia tolak habis.
muntah sambil nangis. cena?

pastu ngadu-ngadu la kat adik beradik tiri aku tu.
kaktin paksa-paksa aku gi klinik.
baik hati dema dua orang teman aku ke klinik sana.
doktor kata angin atau pun salah makan.

tekak tak lalu langsung nak makan apa.
sekonyong-konyong encik z tiba dengan membawa roti bakar 2 keping dah teh o suam. gigih jugak la aku gigit roti tu sesikit. tapi tak habis pun.
lepas tu baru telan ubat.
ubat angin warna hitam tu yang paling tak boleh blaaa. yekk..

menjelang tengah hari perut masih rasa tak sedap.
berulang alik toilet jugak la ceri beri.
kepala pun masih rasa pusing pening.
lepas tidur kejap lunch time tu, baru rasa ok sikit.

sangat tak best kan bila tak sihat.
semua aktiviti pun terbantut jerr..

dan oh yer. saya belum mengandung lagik ek walaupun simptom di atas kayaknya macam orang berbadan dua.
saya masih berbadan satu. heh.

14 thoughts on “Saya Masih Berbadan Satu. Belum Lagi Berbadan Dua

  1. bila perut dah pernah ada masalah memang senang gitu lah babe… jaga makan lah..

Comments are closed.