Pengakuan Berani Mati

baru-baru nie ada 3 orang individu sudah buat pengakuan berani mati pada aku.
pengakuan mengatakan yang pada satu ketika dulu diorang pernah TAK SUKA pada aku.

individu pertama menggunakan method bercakap secara depan-depan.
individu kedua menggunakan method menggunakan YM.
dan individu ketiga terus menelefon aku.

aku rasa kes mereka bertiga nie mungkin cuma 10% je dari yang tak suka aku.
pasti ada ramai lagi di luar sana yang tak suka pada aku.
fine with me. kita bukan boleh paksa orang untuk suka kita ye tak?

tapi apa yang menariknya dari pengakuan mereka bertiga nie, diorang tak suka pada aku bukan sebab aku ada buat salah pada diorang.
tapi sebab cerita-cerita buruk pasal aku yang disogokkan pada mereka.
pelik kan? macam mana kita boleh benci dan mengadili seseorang tu hanya sebab mendengar cerita-cerita dari orang lain.

pelik tapi benar. yang lagi bestnya, 2 dari diorang bagitau aku siapa yang buruk-burukkan aku tu. what can i say? takkan nak pergi serang pulak orang tu kan?
terima je lah seadanya.

tapi honestly aku respek dengan diorang nie.
berapa ramai yang boleh tampil untuk mintak maaf kayak gini?
aci kerat jari, tak ramai yang berani punya. (termasuklah haku)

aku mungkin tak cantik. aku mungkin tak baik.
ya aku tak kaya, aku jugak bukan siapa-siapa.
tapi bukankah molek jika kita terima seseorang itu seadanya dia?
kerana kita juga bukan sempurna…

pada ketiga-tiga mereka, ya saya maafkan kamu.
dan semoga kamu juga memaafkan saya 🙂

10 thoughts on “Pengakuan Berani Mati

  1. emmm biasa la kak ader la ketidak puasan di hati mereka terhadap akak la tue sehingga mereka tidak senang ngn idup akak..tp bia la kak..just ambik yg ppositif jer..if 10% yg tak suka akak maybe 90% lg sgt suka kan akak and menyayanggi akak se ada nya…termasuk la sy..walaupun kita tak pernah kenal..tp sy selalu ikut pekembangan akak melalui blog akak bukan ker itu tnda sy syg kan kak mya..heheheheheheh

  2. sabo ye kak..xpe satu xsuke akak seribu yg suke akak..dua xsuke akak dua ribu yg suke akak..tiga xsuke akak tiga ribu yg suke akak..pndek akak satu nisbah seribu yg xsuke akak tu..apa2 pun sya sukeee akak..

  3. kita x penah kenal pon..tp aku suker ko kak maya…wlupun ko ala2 sengal tp blog ko ni mmg best…

Comments are closed.