Muzium Kota Kayang

Friday, 11:45 am

ada readers aku dok komplen kata entry aku tertunggak-tunggak.
hamboiii kan. tertunggak-tunggak pun aku update ok.
kalau aku tak update? haaa nganga korang sana. heh.

ni sekarang aku nak start buat entry percutian aku kat perlis.
walaupun udah sebulan berlalu, tapi lantak.. aku nak tulis jugak.
siapa nak baca entry yang first pasal perlis, boleh klik sini.

destinasi pertama yang kami tuju ialah Muzium Kota Kayang.
dari bandar kangar tu, dekat je.. tak sampai setengah jam pun.
aku drive sebab encik z sudah letih ngantuk.
masa yang kitorang ramai-ramai tidur dalam kereta tu, encik z berjaga.
tu pasal la kepala dia ada ting tong. so kasik can dia tidur.


: : memasing masih mamai. adakah kami sudah tiba di muzium kota kayang? : :

ok ini adalah realiti, bukan mimpi.
kami sudah sampai di muzium kota kayang.
tanya kat pakcik security, adakah muzium sudah dibukak.
dia kata ya sambil buat muka pelik.
aku saspek dia mesti kata, apalah rajin nau bebudak nie pepagi datang muzium kan?
awass pakcik kalau ko berfikir gitu.
gigih kitorang nie datang dari KL ok nak cuti-cuti perlis.

ada 3 galeri kat sini iaitu galeri am yang mempamerkan kronologi pembinaan Kota Kayang, peralatan harian golongan bangsawan di Perlis, galeri arkeologi yang mempamerkan hasil penyelidikan Kota Kayang dan sekitar negeri Perlis serta galeri Kedah / Perlis yang mempamerkan salasilah diraja negeri Perlis bermula dari Nabi Muhammad s.a.w dan replika bunga emas, kesan pendudukan penjajah dan pelbagai koleksi yang menarik.

tapi gambar semua udah campur-campur tak ikut susunan.
so korang sila lah agak-agak sendiri yo.

katil kuning tu pernah digunakan oleh sultan perlis.
sib baik mak tak kawin dengan kerabat, kalau tak mesti takde can nak pakai cadar pink kan. *tetiba.

teknik ngamik gambar di cermin.

kemudian 2 orang nie pun sibukkk nak nyelit sama.
dengan masing-masing bau masam kan, nakkkk jugakkk. heh.


: : feel feel kerabat uolls : :

encik z beria suruh aku sengih + gelak nampak gigi.
i bukan takmo uolls. tapi aku rasa aku ni sengih nampak gigi cam cacat.
sebab tak nampak gigi bawah.
tapi aku rasa ada je orang yang sengih nampak gigi adalah lawa.
contoh terdekat ialah kaklong.
aku cam selesa senyum senget jer. :p

aku rasa gambar nie cam fresh la.
means muka kitorang cam bertenaga gitu.
bertenaga perginya kan. apakah.
takdelah, dengan tak mandinya… tapi still menten….


: : motipp pose cenggini? ko ingat boleh masuk majalah mangga? puiii : :

dah nama pun muzium so haruslah semua benda-benda berkaitan sejarah ada di sini. of coz tentang negeri perlis.
takkan pasal negeri sembilan pulak kan.
so sesambil membaca, sesambil melayan gambar dan sesambil melayan aircond yang sejuk terlampau dalam nie.

sesuai dilawati oleh setiap peringkat umur untuk mengetahui dan mempelajari lebih mendalam tentang negeri perlis.
kedudukan muzium nie berdekatan dengan Bukit Kayang, Bukit Lambong Panah, Bukit Jagat Hutang, Bukit Wai dan Bukit Menara dalam mukim Kayang iaitu berhampiran terusan buatan manusia yang tertua di Semenanjung.


: : encik z berwajah sengal : :

aku paling suka gambar nie. cam ala-ala aku pakai crown kan.
walaupun crown tu kat gambar belakang. nice shoot payiet!
aku dah jaja gambar nie kat facebook semalam. heeee…

tetiba aku rasa gambar nie cam cacat.
adakah sebab aku drag membabi buta? heh.

dah habis tawaf dalam muzium, tanpa rasa bersalah kami melepak kat luar.
siap keluarkan segala jajan cekedis yang ada.
dengan air kotaknya, dengan livitanya.
mujur pakcik security tak maki kitorang. mungkin dia faham agaknya kami yang kelaparan kedaung nieh.

kelaparan kedaung? ok jom cari makannnnnnn…..

This entry was posted in Perlis. Bookmark the permalink.


18 Responses to Muzium Kota Kayang

  1. ceera says:

    taknak komen pasal muzium, tapi nak komen pasal gambar

    gambar sume cantik2.. menjelesh…
    .-= ceera´s last blog ..7LoVe Mandi Bunga =-.

  2. Nur says:

    ada gak gambo senyum bergigi kan..selalunya senyum kepit jerr..ekeke winking. Ape2 pun gambo semua adalah mencantek sekalik..
    .-= Nur´s last blog ..Anak Bawah Umur Dinikahkan Ayah Dalam Kereta… =-.

  3. madulebah says:

    kenapa negeri sembilan?? kenapa tak sebut negeri selangor ke, heh?? :p

  4. payiet82 says:

    masam masam pon laku gak tau nyah. hahahhaahha
    .-= payiet82´s last blog ..We are the world 25 Haiti =-.

  5. lily lotus says:

    sungguh terang dan jelas semua pic…
    .-= lily lotus´s last blog ..aku dan mereka2 =-.

  6. syana says:

    eh mcm tak caye jek korg tak mandi
    nmpk masing2 fresh gitu
    hahahhaa
    .-= syana´s last blog ..Barang baby =-.

  7. cik wanie says:

    cantik2 lah semua gambar2 tue,
    jeles i tau,
    blh share ngn kami apa rahsianyawinking
    chewah….

    wanie yg duk utara pun x pernah sampai situ tau,
    hihihihiwinking
    .-= cik wanie´s last blog ..Design t-shirt SnS AnGGuN =-.

  8. sWeEtdARLinG says:

    buleh ngambek gambor yerrrk dalam muzium…? selalunya dilarangkan..? hek tak tahu la aku, masuk muzium pun dah berapa kurun yg lalu… ehehehe
    .-= sWeEtdARLinG´s last blog ..Kenapa Nuffnang Buat Aku Camni….? =-.