Membanting Tulang ke Banting

hari sabtu gi banting sana. ke wedding pida & husbandnya incik asri.
wajib pegi sebab pida ni la yang pinjamkan alas dulang masa aku bertunang dulu.
kalau tak sebab dia, harus aku alas guna suratkhabar je dulang tu. heh.

perjalananan aku rasa jam jauhhhhh terlampau.
aku tidur, bangun, tidur… tak gak sampai-sampai.
dah la dengan pening meloya nya. aku saspek mungkin sebab lapar jugak kot.

lepas satu jam 45 minit, baru la sampai ke banting sinun.
aku tak ingat la sama ada aku pernah sampai banting ke tak.
tapi rasa pernah sampai kot. lamaaaa dulu.

sampai-sampai terus posing dengan banner kartun ini.
korang adoo??
aku takdoo.

DSCN0258

pastu apa laga, terjah makanan laaaa…
ada sambal tempe & ikan bilis goreng. setappppp…
kawasan kenduri adalah luas. so takde masak elah kerusi meja tak cukup ke apa.
kau nak lepak lelama pun takde masak elah.
tema adalah merah putih jugak.
memang tahun nie trend merah putih ek?

dah kenyang perut, cari pengantin. pot pet pot kejap.
pastu mintak tolong abang basuh pinggan amikkan gambar.
aterrrr… photographer dorang telah hilang ke mana.

DSCN0257

sempat jugak cari kakak pengantin. lina yang bz sesokmo.
oh yer, pida & lina nie satu office dengan aku.
tu yang encik z kenal. aku pun kenal jugak.
gitu la kekiranya.

DSCN0259

selamat pengantin baru pida & incik asri!
semoga kekal hingga ke akhir hayat…. 🙂

12 thoughts on “Membanting Tulang ke Banting

  1. lama nau hangpa nak sampai banting amik 1 jam 45 minit?? Lalu jalan mana kah kalian??

    Owh dan kami pun rasa tema tahun ni begitu.. tawun lepas ala2 silver/hitam/putis/gold segala.. (nak juga tuh.. hik hik)

    • memula lalu KESAS. pastu tah jln mana en z lalu ntah… kami kan tidoq jaga tidoq jaga. huhu

  2. mya..pengantin sama cantik sama padan, macam pinang dibelah dua and yang best skali mcm artis ler pulak..heehehe…ada iras wartawan melodi yang rambut panjang tuh.
    .-= Suriaamanda´s last blog ..AWAY =-.

  3. maya, tiap tiap minggu aku balik banting noks…. mmg jauh … tapi dah biasa aku rs ok ler kot.. tapi apahal yang ko amik masa sampai 1 jam 45 min?? hahhahaha sosat ke hapo?

Comments are closed.